You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ruellia Brittoniana Keluarga Petunia

Ruellia Brittoniana | Mexican Petunia | Pokok Purple Shower | Biji Benih Petunia


Assalamualaikum... 

Ruellia Britoniana salah satu pokok yang paling mudah nak hidup dan cantik. Pokok ni juga dikenali as mexican petunia, mexican barrio, yang mane bukan asal dari negara kite tapi dari negara Mexico, Caribbean, Amerika Selatan. Keluarga Petunia ni ada banyak dan cantik-cantik semuanya. Untuk Ruellia Britoniana ni, waktu pagi cantik je tengok bunga kembang. Fresh! Waktu petang habis gugur semua. Keesokannya ada lagi bunga baru dan seterusnya begitulah. 


Jadi aktiviti #cuti27hari dua bulan lepas sempat la luangkan masa waktu petang menanam pokok ni. Amacam? Ada gaya seorang penjual pokok bunga yang berjaya tak? Lol.. Saya bukan jenis yang suka pokok berbunga tapi suka tumbuhan hijau. Tak suke banyak-banyak warna sebab nampak macam semak dan bercampur-campur. Kalau boleh nak susun ikut warna je tengok pokok bunga ni. 


Kat atas ni gambar kat laman depan rumah.. Yang saya tanam kat atas tu tahan sehari dua je lepas tu abis tercabut sebab anak si Olu (kucing) pergi main-main kat situ abis tercabut batang pokok tu.. Haishhh... Saje nak cantikkan kat tepi longkang kononnya.. Kat bawah ni pulak keluarga Petunia.. Cantik tak? InshaAllah nanti nak tanam Petunia yang kat bawah ni plak. 


 


Petunia ni memang tumbuhan berbunga dari Amerika Selatan. Yang dalam pasu gantung tu cantik. Win!! Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga hari kalian berbunga-bunga seperti bunga yang kembang mekar mewangi!

0 Comment for "Ruellia Brittoniana Keluarga Petunia "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top