Special Offer

Author

Review Peel Off Nail Polish Water Based

BK Peel Off Nail Polish | DIY Peel Off Nail Polish | Beauty Blogger


Assalamualaikum...

Inai Versus Nail polish, mana satu pilihan kalian? Saya semestinya inai. Cume sejak tahun 2012 hingga sekarang dah malas nak berinai dah. Kalau dulu setiap kali cuti semester balik kampung mesti pakai inai. Masuk semester inai merah dijari dan abis semester je inai dihujung kuku je. Nail polish? Kalau dulu memang tak boleh nak pakai sebab susah nak tanggalkan dan kemudian nak solat pun susah tapi sekarang dah mudah bile adanya Peel Off Nail Polish ni. 

Hari ni bagi feedback  peel off nail polish yang banyak dalam pasaran. BK Nail Polish Murah. Saje je nak letak murah sebab paling murah boleh dapat satu unit RM4.  Nail polish ni bukan saya beli tapi dapat dari adik saya. Sebelum ni saya pernah buat entri DIY Peel Off Nail Polish. Boleh klik [SINI] kalau kalian tak pernah baca entri tersebut.

Review BK Nail Polish
  1. Murah dan senang nak dapat (online atau offline) dan harganya dari RM4-RM15 bergantung pada tempat.
  2. Ada banyak warna yang menarik jadi ada banyak pilihan jika kalian memang suka pakai nail polish
  3. Cepat kering jadi nak pakai before masuk ofis or pakai lepas make up pun no hal lah!
  4. Satu botol ada 7ml kalau pakai selalu mungkin tahan tiga minggu kot.
  5. Tahan ke tak? Untuk orang yang macam saya memang tak tahan sebab mudah macam nak tertanggal. Haishhh susahnya nak explain by words ni. Senang cakap bile nak ambil barang dalam 'handbag doraemon' sambil meraba-raba bile keluarkan barang tengok kuku dah tak cantik. Sedih! Kena cermat-cermat je pakai kuku ni. Sorry saya bukan jenis yang lembut lembut. Nope!
  6. Tips nak tahan lame kena lapiskan dengan clear nail polish (top coat) 
[VIDEO]

Sekian sahaja review dari saya. Adik saya beli peel off mask ni actually untuk mengelakkan dari kuku die kotor mase menyiapkan projek seni die. Bagus jugak untuk budak-budak seni kan?. Well untuk brand lain saya tak pernah cuba dan mungkin tak kan cube kecuali di sponsor. Lol...

0 Komentar untuk "Review Peel Off Nail Polish Water Based "

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top