You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Mudah Buat Peel Off Nail Polish


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Just another diy inai homemade or yang masih in trend sekarang kan 'peel off nail polish'. Dari masa mula-mula keluar dulu tengok sampai RM40 sekarang ada yang jual dalam RM8 macam tu. But for those yang tak nak keluarkan duit boleh buat sendiri. Actually dari bulan 12 lagi excited nak buat tapi disebabkan tak jumpa bahan yang nak buat tu last-last pending. Gambar kat bawah ni gambar yang dah kering. Kilat-kilat kan? But, peel off nail polish ni ada kekurangannya.. Soo. Teruskan pembacaan dibawah if nak tahu apa yang best dan tak best dengan diy kali ni.



Bahan yang diperlukan adalah
Non toxic glue (yang boleh peel off - clear atau pun yang white)
Pewarna makanan (ikut suka nak warna apa- saya guna warna pink sebab balance yang buat homemade inai masih banyak)
Bekas untuk letak nail polish (saya recycle bekas benetint siap dengan berus lagi

Cara-caranya
Mix semua bahan di atas then siap! Boleh cuba pakai and then peel off.



Ini cara kedua, tetiba pop up kat otak nak try letak peel off mask. Sudahnya, pibamy mask jadi mangsa. Bau wangi lagi. So hasil gambar yang pertama di atas tu adalah campuran dengan pibamy gold mask. Sebab tu nampak kilat-kilat. Be creative! Lol... Mudah kan?

Saje je nak buat walhal bukan nak pakai sangat pun. Prefer inai daun tu lagi. Kalau nak buat peel off nail polish ni, adalah disarankan tidak menggunakan tangan untuk makan nasi. Kalau nak dinner tempat yang pakai sudu garfu pisau tu boleh la buat ni tanpa menghabiskan duit. Kadang beria nak bergaya satu malam je tapi berhabis duit sampai tak ingat dunia. Abis event, dah tak guna daaa .. Bile peel off, kat kuku akan ada kesan warna pink. But jangan risau, within 2 days dah hilang da warna kat kuku. Kalau kurang rajin, beli je, ada harga RM8 paling murah saya tengok orang jual. Sekian sahaja DIY kali ini!

Sekiranya kurang yakin dan malas nak buat sendiri boleh beli peel off nail polish .


0 Comment for "Cara Mudah Buat Peel Off Nail Polish"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top