Special Offer

Tips Minum Air Secukupnya Di Bulan Puasa

Tips Minum Air Secukupnya Di Bulan Puasa | Tips Ramadhan | Cara Minum Air 8 Gelas Sehari


Assalamualaikum

Lusa dah start puasa. Jadi hari ni saya kongsikan cara untuk minum air secukupnya sepanjang bulan puasa. Seperti yang kite semua ketahui, air sangat penting untuk tubuh badan kite agar badan tidak dehidrasi.


Tips Minum Air Secukupnya Di Bulan Puasa
  1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur - Semasa sahur minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis bagi mengelakkan kenaikan berta badan mendadak sepanjang bulan puasa.
  2. Minum Sebelum Waktu Tidur - Sediakan sebotol air kosong dalam bilik anda. Minum ketika terjaga.
  3. Makan Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi - Anda boleh makan makanan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
  4. Jangan Minum Banyak Ketika Berbuka - Semestinya anda dahaga dan minum banyak air ketika berbuka. Sebaiknya elakkan minum banyak ketika berbuka hingga menyebabkan selera makan hilang.
  5. Berbuka Dengan Kurma dan 2 Gelas Air - Makan kurma terlebih dahulu sebelum minum air merana kurma mengandungi glukosa semula jadi yang tinggi. Kandungan gizi dalam kurma membantu untuk mengembalikan tenaga anda sepanjang berpuasa. Air di ambil untuk menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

Cara Minum Air 8 Gelas Ketika Berpuasa
  • 1 gelas selepas berbuka dengan kurma
  • 1 gelas selepas makan nasi
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawikh
  • 1 gelas setelah makan malam
  • 1 gelas sebelum tidur 
  • 1 gelas sebelum sahur 
  • 1 gelas selepas sahur (sebelum habis waktu sahur)
Selamat berpuasa semua. Bolehlah kalian amalkan tips di atas ni. Maklumlah sekarang cuaca panas. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kelihatan letih tak bermaya sepanjang hari. [Sumber: Mingguan Wanita]



0 Komentar untuk "Tips Minum Air Secukupnya Di Bulan Puasa "

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top