You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Lemak Recipe M3 Mall

Nasi Lemak Recipe M3 Mall | Makan-Makan RNC | Santai Makan


Assalamualaikum
Sabtu lepas Lurviey janji nak bawak makan roti canai. Lame gile tak breakfast sama-sama. Kononnya nak breakfast tapi last-last lunch hour jugak baru jumpe. Dah tetiba tak tahu nak makan mane sebab plan lain jadinya lain. Ajak Lurviey masuk kedai baru bukak kat M3 Mall, Nasi Lemak Recipe (kat resitnya tulis gitu, adehh google cari info tak de pulak). Kedai ni betul-betul bersebelahan Shish Bish. Kat depan kedai ni ada tempat orang main dart. 
Excited nak masuk kedai ni sebab dekorasi die sangat cantik dan sedap je mata memandang. Nak order kena order kat kaunter, lebih kurang macam restoran fast food la. So saya order set Nasi Lemak Rendang Ayam dan Lurviey order set Nasi Lemak Ayam Rangup. Then lepas bayar pergi duduk tunggu nombor dipanggil. Lol. Dah gaya macam kat bank pulak. Then bile no dipanggil kena pergi ambil makanan tadi  kat kaunter. Hehe..
Ni la makanannya. Set sekali dengan air. Memula duk meja single tapi disebabkan banyak harta benda nak letak pindah duduk kat meja untuk family sebab orang pun tak ramai pun. Lagipun feeling nak duk atas karpet ala-ala rumput.

Nasi lemak die ok standard macam nasi lemak biasa tapi saya suke sambal die sebab sambal die macam kena sangat dengan tekak saya. Lurviey plak tak puas hati sebab ayam macam overcook kot sebab tak rangup mane pun. Bahagian kulit bunyi la krup krup tu. Hidangan nasi lemak ni selain ada ayam, sambal, ikan bilis, telur rebus separuh, ada macam acar kot. Ntah tak pasti sebab saya tak try makan. Emmm

Next time kalau datang nak makan nasi lemak biasa je yang RM5.90. Total kami order hari tu RM20.80..


 NASI LEMAK RECIPE (sebelah Shish Bish)
L1-05 & L1-06, M3 Mall
No 7 Jalan Madrasah 
Taman Melati Kuala Lumpur 


0 Comment for "Nasi Lemak Recipe M3 Mall "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top