You don’t have to be big. You have to be remarkable

Shell Out Di Kedai Makan Ustazz Taman Batu Muda

Shell Out Di Kedai Makan Ustazz Taman Batu Muda | Tempat Makan Sedap Di KL | Shell Out Murah dan Sedap Di KL | Makan Makan RNC


Assalamualaikum 

**Pending Entry Januari 2018**

First entry 2018.. Baru berkesempatan mencuba Shell Out di Kedai Makan Ustazz Taman Batu Muda, sabtu lepas. Alhamdulillah dapat spent time dengan Lurviey setelah sekian lama tak keluar hari Sabtu.

Lepas maghrib terus gerak ke Kedai Makan Ustazz. Dua kali berpusing nak cari tempat parking. So, Lurviey order shell out perasa Tomyam. Ada dua perasa, Tomyam dan Black Pepper. Suasana kedai sangat selesa, tak panas, tak bising, dan mostly yang datang adalah family. Kedai ni tak putus-putus orang masuk dari masa mula-mula saya sampai sampai balik.

Actually saya tak pernah makan shell out pun sebelum ni jadi saya tak tahu rasa apa sebab ada macam macam jenis perasa. Shell Out perasa Tomyam yang Lurviey order ni langsung tak de rase tomyam. Rasa die macam sotong masak merah yang saya masak. Hehe.. 

Set untuk dua orang makan RM31, ada udang, ketam, sotong, lala, kepah, kupang, lobak, kentang, jagung dan dua mangkuk nasi. Rasenya sangat pedas so kurang umphh sikit sebab terlalu pedas walaupun saya suka makan pedas. Lurviey cakap mase makan sebelum ni tak rasa pedas macam ni pun. 


Overall total RM37 (Set Shell Out, nasi tambah satu pinggan, air tembikai gelas besar, air limau panas, dan air kosong) Murah ke mahal? InshaAllah nanti nak datang lagi tapi order benda lain pulak. Bau sup perut kat sini macam sup perut kat Kelantan (thais) sedapnya... !!  


Tag : food
0 Comment for "Shell Out Di Kedai Makan Ustazz Taman Batu Muda"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top