You don’t have to be big. You have to be remarkable

Karnival Upin & Ipin 2023 : Animasi Kesayangan Keluarga

 Assalamualaikum...


Karnival Upin & Ipin 2023 : Animasi Kesayangan Keluarga 



✅ Diadakan di MITC Melaka pada minggu pertama cuti sekolah iaitu pada 15 - 17 Disember 2023. 

✅ Persembahan pentas utama oleh lebih 20 watak-watak maskot Upin & Ipin dan kawan-kawan bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam dengan lebih 30 lagu-lagu popular terbitan Les' Copaque Production.

✅ Medal Upin & Ipin eksklusif sempena Karnival Upin & Ipin 2023 untuk dimenangi bagi pengunjung berbayar yang melengkapkan misi yang disediakan.

✅ Trading Pin Upin & Ipin dan kawan-kawan eksklusif sempena Karnival Upin & Ipin 2023 untuk dimenangi bagi pengunjung yang menyertai aktiviti berbayar yang sediakan. *Selagi stok masih ada.

✅ Hadiah berupa barangan original Les' Copaque Production serta barangan-barangan tajaan lain yang berpeluang untuk dimenangi dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

✅ Masuk ke dunia Upin & Ipin dengan mengembara ke Rumah Opah, Tadika Mesra, Alam Dino dan banyak lagi!

✅ Berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon-pelakon suara animasi Upin & Ipin dan kawan-kawan.

✅ Tiket boleh dibeli secara online di KarnivalUpinIpin.com / LCEvent.my atau secara walk-in.

✅ Harga tiket bagi pemegang MyKad 🇲🇾; 

  •        Kanak-kanak (7-12 tahun) = RM5
  •        Dewasa (13- 59 Tahun) = RM20
  •        VIP (7-59 Tahun) = RM100

Harga tiket BIASA tanpa MyKad (Bukan Warganegara);

  •        Kanak-kanak (7-12 tahun) = RM20
  •        Dewasa (13- 59 Tahun) = RM100
  •        VIP (7-59 Tahun) = RM200

Tiket PERCUMA bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas (60 tahun ke atas), dengan syarat ditemani oleh seorang penjaga dengan tiket berbayar.

Keistimewaan tiket VIP adalah dapat menonton persembahan pentas utama dibahagian khas di hadapan pentas dan berpeluang bergambar bersama maskot Upin & Ipin dan kawan-kawan. Pemegang tiket VIP juga akan menerima hadiah eksklusif VIP.



Karnival Upin & Ipin 2023 : Animasi Kesayangan Keluarga

---------

Tarikh : 15 - 17 Disember 2023 (Jumaat hingga Ahad)

Masa : 10pagi - 10malam

Lokasi : MITC, Melaka

Link Tiket : http://karnivalupinipin.com atau http://lcevent.my


Upin & Ipin Family Fun Run 2023

---------

Tarikh : 16 Dis 2023 (Sabtu)

Kategori : 5KM

Masa : 7pagi

Lokasi : MITC, Melaka

Link Pendaftaran : https://bit.ly/UpinIpinFamilyFunRun2023


#UpinIpin #KarnivalUpinIpin2023 #UpinIpinFunRun2023 #VisitMelaka

Kredit : Facebook Upin & Ipin

1 Comment for "Karnival Upin & Ipin 2023 : Animasi Kesayangan Keluarga "

Esok dah mula dah. Confirm meriah ni. Ramai peminat upin ipin.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top