Betulkan Skrin Telefon Rosak Di Dyara Gadget Prima Sri Gombak

 Assalamualaikum... 

Betulkan Skrin Telefon Rosak Di Dyara Gadget Prima Sri Gombak | Almost sebulan lebih aku biarkan je skrin telefon aku yang tak responsif, akhirnya semalam dah kembali normal. Lepas ni boleh sambung shopping live kat shopee lagi la. Sebulan lebih juga aku berjaya tidak shopping live disebabkan tak boleh nak taip harga. Bila nak reply whatsapp terpaksa guna PC atau laptop. 

Sebelum fix screen handphone problem ni aku dah pergi tanya kedai telefon di Giant Taman Samudera. Harga RM260. Mahal juga. Model telefon aku yang problem ni Xiaomi Mi A2 Lite. Nak beli baru, sayang sebab masih boleh guna dan hanya skrin sahaja yang problem. Aku sayang telefon ni sebab bateri tahan lama walaupun kerap buka Youtube bagi Naura tengok. Biasanya nak tidur malam baru aku charge semula.  Selagi boleh guna, aku guna je dulu.

Di sebabkan harga di Giant Taman Samudera tu agak mahal jadi Lurviey ajak pusing Sri Gombak tengok kedai telefon kat situ yang boleh baiki skrin ni. Pergi kat Gadget World dulu tapi dorang tak provide servis baiki telefon. Kemudian singgah di Dyara Gadget, Alhamdulillah dorang boleh repair. Boleh bawa sendiri skrin dan technician dorang repairkan. Charge? Murah je. RM50 sahaja. Berapa pula harga LCD skrin? RM70 je tau. Aku cari kat shopee dan range price  RM70 hingga RM100++.  Pandai pandai la cari. Kalau cari yang murah jangan lupa tengok dulu rating kedai. Jangan sampai tertipu la. Siapa tak suka barang murah kan? 

Pagi semalam Lurviey drop telefon aku kat kedai tu, petang dah boleh datang ambil. Cepat dan pantas. Sebenarnya ni kali kedua betulkan skrin kat sini. Kali pertama fon Lurviey dulu seminggu yang lepas. Kenapa skrin boleh jadi tak responsif? Sebab Naura baling. Lol. Dah banyak kali kena baling. Screen tak crack pun tapi jadi tak responsif. 

Sesiapa yang ada masalah handphone dan nak baiki boleh ke Dyara Gadget. Inshaallah puas hati. Aku tengah fikir nak beli ring light kat situ acah acah Youtuber tapi bilalah aku ada masa nak buat video kat macam dulu.Video yang sedia ada pun belum edit lagi. Bukan malas tapi masa terhad. Aku nak update entri ni pun tunggu Naura tidur malam tau. 

Dyara Gadget, G-93 JALAN PRIMA SG3 
TAMAN PRIMA SRI GOMBAK 
68100 Batu Caves, Selangor
 
Sebelah kedai Dyara Gadget ni ada kedai mamak. Boleh lepak dulu kat sini kalau ramai orang kat Dyara Gadget. Kalau suka emas, sebelah Dyara Gadget ada kedai emas murah. Setiap kali aku lalu kat situ tak pernah tak ramai orang. Berbaris tau tunggu turn nak masuk beli emas. 
5 Komentar untuk "Betulkan Skrin Telefon Rosak Di Dyara Gadget Prima Sri Gombak "

Samalah konsep kita. Selagi boleh guna, selagi tulah guna. Hehe...

Kena jugak survey Harga service. Kekadang ada je Murah dah bagus. Kan?🙂

Senang dah tahu service yang lebih bagus dan murah. Service pun pantas boleh siap sehari.

haha bahaya ada anak.. habis dibalingnya.

Susah nak dpt handphone bateri tahan lama ni , yeah boleh shopping blik phone dah elok

Back To Top