Himalayan Rock Salt For Crystal Cleansing

 Assalamualaikum... 

Himalayan Rock Salt For Crystal Cleansing | Sebelum ni aku ada post pasal WW: Himalayan Rock Salt. So, aku beli Himalayan Rock Salt tu untuk cleansing crystal aku. Sebelum aku terjebak beli crystal & natural stone ni memang tak tahu pun yang crystal ni sebenarnya kena cleansing. Bila beli sebelum pakai wajib cleansing dulu sebab kita tak tahu berapa ramai dah yang pegang crystal yang kita beli tu. Ala macam aura gitu. Mungkin ada yang tak tahu setiap batu kristal ni ada khasiat yang tersendiri. Harga pun boleh tahan untuk certain natural stone & crystal ni.

Method Untuk Cleansing Crystal (ni yang aku belajar kat live shopee)

  1. Water Flow - tapi tak semua kristal boleh lalu bawah air. Contoh selenite, azurite, angelite tak boleh cuci dengan air. 
  2. Garam kasar atau Himalayan Salt (kering) - Benamkan atau tanamkan kristal dengan garam semalaman. Setiap bulan boleh tukar garam. 
  3. Sage - Yang kering, bakar dan ambil habuk - method ni aku tak tahu sangat.
  4. Crystal Gravel/Crystal Tower - Semua gravel boleh guna whole life (jangan guna obsidian)
  5. Jemur dibawah bulan atau matahari - Jemur matahari antara jam 9pagi - 12 tenghari sahaja selama 10-15 minit sahaja.. Jemur matahari kurang bagus sebab nanti kristal jadi tak cantik. Jemur bawah bulan lagi bagus. Natural stone tak suka matahari sebab kristal ni asalnya daripada bawah tanah. 

Bila barang sampai kat tangan aku, method yang selalu aku guna adalah water flow. Lepas tu aku pakai macam biasa then bila nak cleansing lagi aku akan guna crystal gravel pula. Crystal tower aku ada tapi kecil sangat dan tak boleh nak buat cleansing pun aku rasa. Nak beli yang besar tak mampu. Method kedua guna garam himalaya ni baru je aku try. Sebab ramai kawan kawan live cakap kristal akan jadi cantik bila cleansing guna garam. Aku perasan pun batu ruby aku jadi berkilat (baru try ruby). Method ketiga tu akan tak kan buat sebab aku pun kurang faham dan yang kelima tu pun aku kurang rajin. Lagipun nak jemur bawah bulan macam mana duk rumah langit macam ni kan. Lol..

Dah almost sebulan aku tak beli apa apa kristal disebabkan handphone aku screen problem. Aku nak join live pun susah nak tekan harga. Sedih betul ! Tapi yang bagusnya jimat duit aku. Bila join live ni kau rasa mcam kau nak beli juga crytal tu lagi lagi bila kau tau benefit stone tu. Complicated la nak explain pasal crystal ni sebab aku bukan ahli germstones untuk explain. Just nak sharing je pasal himalayan rock salt yang aku beli tu je. Hehe..

Ni video herkimer water untuk 're-charge' crystal. Biasanya aku guna herkimer water ni untuk sembur kat pokok kristal aku.

Herkimer water ni boleh cantikkan kulit. Bukan aku la kata, tapi kawan live kat shopee yang bagitau. Aku tak pernah cuba pun sebab tak berapa rajin. Sekian perkongsian hari ni.. Siapa baru tahu yang gelang kristal ni kena cleansing?


6 Komentar untuk "Himalayan Rock Salt For Crystal Cleansing "

Pernah dengar, tapi Tak pernah lagi try.

Salam perkenalan Dari saya follower baru , saya baru tahu tentang Krystal kena cleansing juga ni

Nice sharing.
Dah lama tak madi garam bukit :)

Ohooo macam tu.baru akak tau..kena cuci ngan Rock Salt...

my friend pun ada guna ni, tapi i tak paham for what.. tapi bila dah paham apa sebenarnya takot hati nakkk hahah .. now kena jimat duit huhuh

Back To Top