Bahulu Sri Jawa Bukit Jawa Memang Sedap | Bahulu Fizo Omar

 Assalamualaikum..

Bahulu Sri Jawa Memang Sedap | Kalau balik Kelantan memang wajib cari kuih beko di Zon Bahulu Bukit Jawa Pasir Puteh. Kuih beko tu pun aku baru je kenal dan makan beberapa tahun lepas. First time makan terus jatuh cinta. Kuih beko ni diperbuat dengan campuran tepung pulut, kelapa parut, gula, telur, air then dibakar. Memang sedap sangat.

Bahulu Sri Jawa ni milik makcik Fizo Omar. Tengok je la sign board tu 'Jalan Haji Wan Omar'. Fizo tak de ye, mak cik dia ada. 

Beko kat Bahulu Sri Jawa ni memang sedap dan rasanya tak terlalu manis. Means orang Key Ell boleh telan. (Lurviey boleh telan, kira ok la tu).

Akok kat sini pun sedap. Susah sekarang nak cari akok yang sedap sekarang ni. Dulu masa family aku baru transfer kat Kelantan, memang banyak sangat gerai akok dan bahulu dalam bandar Pasir Puteh tu. Tapi sekarang yillek.

Bahulu pun sedap. Tak manis sangat. Aku memang tak suka manis. Kalau sebut makanan apa apa manis, memang aku tak kan sentuh. Loya tekak weh manis sangat. Naura suka bahulu kat sini. Ni first time Naura makan bahulu. Syukur sangat sebab at least ada makanan baru yang dia boleh makan selain pisang goreng. Kalau kat KL setiap minggu mau tiga empat kali pergi beli goreng pisang kat Kg Changkat. Pisang goreng kat situ memang the best pisang goreng  yang aku pernah makan. Tapi kat KL mana nak dapat Bahulu fresh macam kat Kelantan ni. Ada, tapi susah sikit la kan.


5 Komentar untuk "Bahulu Sri Jawa Bukit Jawa Memang Sedap | Bahulu Fizo Omar"

Wah, dah lama tak makan kuih akok... sedapnya...

macam sedap je...heheh...bulan puasa air masak pun nampak sedap

Sedapnya makan akok time masih panas!

Back To Top