Drama Shah Alam 40000 Di Aplikasi iQIYI

Assalamualaikum ... 

Drama Shah Alam 40000 | Aku dah lupa berapa hari dah aku melayan drama Shah Alam 40000 ni sebab asyik naik notification pasal Shah Alam 40000 ni kat app iQIYi ni. Jadi aku tertanya tanya cerita pasal apa pula ni. Aku baca sinopsis macam best lepas tu pelakon pun memang best. Lepas tu aku layan je la. Habis satu episod, tengok episod seterusnya sehinggalah saat aku tulis entri ni episod 16. 

SINOPSIS SHAH ALAM 40K
Menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya.

JUDUL : SHAH ALAM 40000
EPISOD : 28
SIARAN TV : Slot Akasia TV3 (ditayangkan di iQIYi terlebih dahulu sebelum ditayangkan di TV3)
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Isma Yusoof
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Umie Aida, Rita Rudaini, Anna Jobling, Arash Mohd, Shah Rezza, Jabir Meftah, Danish Iskandar, Zailin Aqeesha, Fadlan Hazim, Aedy Ashraf, Yusry Abdul Halim, Qistina Khaled

WATAK PELAKON 
Umie Aida sebagai Datin Azalina
Rita Rudaini sebagai Datin Rose
Anna Jobling sebagai Shafinaz
Fadlan Hazim sebagai Kush
Jabir Meftah sebagai Akiff
Danish Iskandar sebagai Fatah
Zailin Aqeesha sebagai Arisa

KENAPA DRAMA NI BEST SANGAT !

Walaupun watak cerita ni Dato' Datin Seri, artis glamour, tapi yang aku suka cerita ni sebab berkisarkan tentang persahabatan. Best sangat tengok friendship dorang ni. Suka duka sentiasa ada bersama walaupun kadang ada berselisih faham. Normal la kan. Tapi yang best dorang ni support each other dari segala hal. Korang kalau suka cerita pasal kekeluargaan, persahabatan boleh layan drama ni, Memang best nak pula OST lagu DS Siti Nurhaliza 'Siapa Tak Mahu' sangat ngam dengan drama ni.

Sekian, review daripada aku yang masih menunggu episod akhir. Kena subscribe acc VIP la jawabnya if nak tengok 6 episod lebih awal. Ada sesiapa dah tengok Puasa 18 Kampung Pisang? Tak sabar nak tengok. Rumah aku tak de Astro jadi kena tengok kat rumah mama la nanti.

2 Komentar untuk "Drama Shah Alam 40000 Di Aplikasi iQIYI "

Tak tengok lagi dua² drama ni Naniey. Setakat ni berkesempatan layan Rindu Awak Separuh Nyawa je. Hehe...

Pelakon dia semua hebat-hebat..
Sha pun selalu terima notifikasi pasal drama ini.. Ada akaun VIP tapi asyik tak sempat je nak tengok.. hehehe

Back To Top