Check Up Naura 2 Tahun - BMI Tak Cantik

 Assalamualaikum... 

Check up Naura 2 Tahun | Simpan sini sebagai kenangan dan rujukan. Semalam appointment Naura jam 10 pagi. Jadi tak de la rushing sangat macam time Naura baby. Sampai kat KK kena scan MySejahtera dan check suhu dulu. Lepas tu nurse yang bertugas akan check buku baby. Nasib baik check up kali ni tak ramai orang seperti biasa. Mommy yang dalam pantang baru bersalin pun boleh bilang dengan jari je semalam. 

Seperti yang dijangka, BMI Naura betul betul atas pagar which is tak cantik Kak Wan (nurse) bagitau. Berat 11.5kg dan tinggi 93cm. Mommy dah mula kena pening kepala dan extra work la gayanya mencari solution untuk naikkan berat badan Naura ni sebelum next check up bulan Ogos nanti. Perkembangan, Alhamdulillah semua ok. Cakap dah banyak tapi pelat. Ada yang mommy faham ok lah. Kalau tak faham tu terpaksa buat buat faham. Yang aku kena fikir sekarang ni adalah MEAL PLAN untuk Naura.

Masa kecil elok je makan semua yang mommy bagi, tapi sekarang dah pandai memilih. Nasi nak makan nasi kosong tapi berperasa (ke berperisa?) . Contoh nasi ayam dan nasi lemak. Makan kosong je tau tanpa lauk. Kalau letak lauk memang dia ambil dan campak buang ke lantai. Aduh, sakitnya tu disini ! Then kalau sup dia nak makan kuah sup ayam kosong je dengan spagetti or macaroni. Selebihnya makan buah dan makan biskut. Hari tu, masa first time buat Aglio Olio, elok je Naura makan. Aku ni kemain happy bila tengok dia makan something new. Lepas tu aku buat lagi then dia tak nak makan dah. Pening kepala mommy la gini. 

Semalam sebelum balik, Kak Wan bagi ubat cacing. Finally dah boleh makan ubat cacing. Kak Wan cakap mana tau lepas makan ubat cacing ni, jadi berselera nak makan. Mudah mudahan kan. Ubat cacing ni kena makan waktu malam sebelum tidur dan wajib habiskan satu botol ni. Banyak juga tu satu botol 10ml. Mommy kena get ready syringe dan berpadu tenaga dengan Daddy untuk melakukan misi secara paksa memasukkan ubat cacing ke dalam mulut Naura. Hehe.. 

Sebut pasal makan ni, aku tanya mama aku, masa kecil aku memilih tak makan. Alhamdulillah aku tak memilih. Tibai je apa yang ada. Mama Lurviey ada bagitau Naura ni macam Uncle Ijat dia masa kecil, tak nak makan nasi. Makan pasta dan roti je. Sampai sekolah rendah la susah nak makan nasi. Hehe. Mengikut la ni kan. Apapun aku kena fikir juga la cara nak naikkan berat badan anak ni. Korang ada idea or ada pengalaman anak anak yang susah nak makan ni?


7 Komentar untuk "Check Up Naura 2 Tahun - BMI Tak Cantik "

Mudah-mudahan dapat jumpa penyelesaian terbaik untuk Naura :)

Alahai Naura..takpe la naniey..cuba la mana yang terbaik untuk Naura...

Mungkin boleh bg supplement ke..mcm multivit, ikan kod ke..get docs punya advise dulu..

Mudah mudahan kak naniey jumpa penyelesaian. Macam saya, umur 24 tahun bmi pun tak cantik, underweight. Baru 35 kg :')

tau dahh la dia ikut perangai sapa kan.. memilih makanan haha

Nanti boleh refer sini incase berat harraz tak cantik. Pening kepala kalau pikir bab anak ni

dah masuk mulut lepas tu dia muntahkan..geram nak cubit. lepas tu Mama Yan beli ubat cacing berperisa coklat kat farmasi

Back To Top