You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bentan Bawa Maut

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


DALAM masyarakat Melayu, sering kita dengar, wanita selepas bersalin kena bentan, begitu juga dengan kanak-kanak yang baru lepas bersunat. Jika tidak dijaga betul-betul dalam tempoh pemulihan, mereka boleh diserang bentan. Lebih membimbangkan, ada banyak juga wanita yang baru bersalin maut akibat bentan. Apakah sebenarnya bentan? Sejauh mana wanita benar-benar faham dan tahu mengenai penyakit itu?


Jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.

Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuman kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua ‘orang tua-tua’ atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya.

Contohnya, ketika dalam pantang, wanita tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.

Ada antara petua ‘orang tua-tua’ membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dengan cepat, namun ada antaranya yang tidak begitu baik dan relevan sehingga boleh memudaratkan. Misalnya, kononnya minum air terlalu banyak takut perut menjadi buncit dan mengembang. Sebenarnya itu adalah persepsi yang salah kerana jika minum air sikit boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor.

Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut.

Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamus perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuman kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul.

Katanya, wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi.Sepanjang tempoh pemulihan itu, katanya, imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi.

Dalam tempoh berpantang, darah nifas yang banyak keluar boleh menyebabkan jangkitan kuman jika wanita tidak kerap menukar tuala wanita.

“Mereka juga seharusnya lebih banyak minum air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelak jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit.

“Selain itu, jika kurang minum air, boleh juga menyebabkan kawasan pundi air kencing menjadi kering hingga menyebabkan ia mudah dijangkiti penyakit.

Jangkitan kuman berlaku di mana-mana bahagian peranakan dan faraj wanita itu, yang kemudian merebak sehingga ke dalam saluran darah serta menyerang organ lain dalam badan seperti buah pinggang menyebabkannya tidak berfungsi atau berlaku kompilasi penyakit lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, dalam tempoh berpantang, wanita juga memerlukan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul bagi mengelak jangkitan kuman. Jelasnya, sekitar tahun 1960-an, jangkitan kuman adalah pembunuh nombor satu bagi wanita selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan pada waktu itu, pengambilan antibiotik tidak diberi penekanan.

“Malah, negara mundur juga mengalami masalah sama. Jangkitan kuman menjadi pembunuh nombor satu wanita selepas bersalin. Pada era itu, ramai wanita bersalin di rumah dan bukan di hospital. Mereka mengamalkan rawatan cara sendiri atau tradisional serta mungkin juga disebabkan kurang penjagaan kesihatan serta kebersihan.

“Bagaimanapun, dewasa ini, rekod wanita yang kena jangkitan kuman atau mati akibat jangkitan kuman tidak begitu serius kerana mengambil ubat antibiotik,” katanya.

Dr Sofiah berkata, ada juga wanita yang disebabkan terlalu taksub untuk menjaga bentuk badan selepas bersalin tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan mereka lebih berisiko dijangkiti kuman.

“Wanita perlu makan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum air banyak, lebih kerap menukar tuala wanita dan paling penting segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan termasuk mendapatkan antibiotik,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan menghalang kompilasi yang lebih serius terhadap penyakit lain, wanita yang mempunyai tanda seperti deman panas, sakit pinggang teruk dan berterusan, pendarahan melampau, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Isu bentan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia bukan saja punca kematian selepas bersalin, malah boleh menyebabkan pendarahan melampau selepas bersalin, darah tinggi ketika mengandung dan darah beku,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Katarsis: Panjang kan artikel ni? Tapi ianya penuh dengan informasi. Kalau rasa mcm malas sgt nk baca zoom kat tempat yang saya bold. Itu adalah salah satu teknik membaca bagi orang yang 'kurang rajin'. Melalui artikel ni banyak jugak benda yang saya baru tahu. Saya pernah dengar pasal bentan tapi tak pernah amik tahu pun apa benda la bentan nih..Kadang benda yang simple tu la yang perlu dititikberatkan.


P/S: Da lama tak up entri pasal khasiat..

17 Comment for "Bentan Bawa Maut"

haisssh orang lepas bersalin memang kena banyak pantang larang kan. kadang2 rasa ngeri pulak nak bersalin. awwwwwwwww

bentan minta simpang la..mmg dalam pantang kena jg betul2 sampai lepas pantang

salam naniey..selamat pagi...:) bentan ni duk dengar selalu org2 tua cakap..Alhamdulillah x penah jadi kat kak intan

Nasib baik sekarang kemudahan perubatan dah canggih, x brapa nak ramai ibu2 post natal yg mati,, selain jaga kesihatan, pantang larang pun kena patuh br ok.,
Do follow blog cute ni,,

menarik & nice entry.sblum ni x tau sgt pn psai bentan ni.tp dh bc bwu pham,bhya gk ar klu x jga betoi2. :) btw thank for the info. :)

eh memang bahaya tau bentan. tu sebab kena jaga elok elok...kan.

pundi kencing kering boleh mendatangkan pyakit jugak..

Errr...baru tahu..bahaya gakkan..
nur mmg jarang minum air..huhu

dya baru tahu pasal bentan..slalu pernah dgr je tpi xtau apa tu bentan.

pernah dgr juga pasal bentan ni..dulu makcik ada pernah kena bentan ni..so memang kena jg leklok kalau pmpuan lpas bersalin

Bagus entry ni dik.... lagi2 utk akak ni kan....

sebab tu org tua2 bpengalaman dalam hal ni, dia jaga sgt org dlm pantang kan

mmg bahaya bentan ni...jangan buat tak kisah

Orang lepas bersalin ni memang kena jaga betul2...
Kalau tak bentan, boleh meroyan...
Bahaya...

selama ni cikna ingat bentan tu jahitan terkoyak ke ape ke. huhu.. thanks utk info ni nani. kalau nk harap cikna cari memang tak la. now dah tahu. ;)

Maka tu la kena pantang betol2...byk pantang larangnya..dah nm pun berpantang...

bentan ni kena jaga elok2.org kat kg mak akak..ade mati sbb bentan neh...lepas bersalin ..bentan.takotnye sbb tu mak akak suh kitorg pantang bebetul lepas bersalin

husna pernah dgr..
oow..rupanya penyakit nih disebabkan psal hygiene je..igt mmg betul2 wujud..

so, amalkan kebersihan..^^V

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top