You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Puding Karamel Mudah

 Resepi Puding Karamel Mudah | Puding Karamel Sedap Dan Mudah


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Semalam saya ada up entri kongsi resepi Kuih Cara Mudah. Hari ni entri Puding Karamel pulak. Puding karamel ni memang idea saya kelmarin, cadang kat mama nak buat berbuka semalam. Nikmatnya bile masuk tekak dengan kelazatan lemak-lemak telur dan pahit manis karamel. Yummehhhh... Oh ya, sebelum tu untuk yang terlepas entri Resepi Kuih Cara boleh tengok kat [sini]. Memang dalam kuih cara tu ada air gula. Gula jangan letak banyak. Letak sikit je. Saya memang tak suke manis jadi memang sikit je la letak. 


Okeh jom tengok resepi puding karamel..

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur
  • 12 sudu gula.(jangan risau tak manis pun. At first saya pun ingat manis juga.)
  • Air
Cara-caranya
  • Blend telur dan gula sehingga sebati dalam blender.
  • Kemudian masukkan satu tin susu cair dalam blender. Blend lagi.. Dah siap.
Utk Karamel.
  • Panaskan 8 sudu gula biasa. Pastikan gula di kacau sehingga bertukar menjadi kekuningan. ( saya campur sedikit air sebab terlalu likat). Letak tepi bagi karamel suam sebelum memasukkam bahan yang disediakan awal tadi.
  • Sedia untuk dikukus selama 30 minit.
  • Sejukkan dalam peti ais. Sedia dihidang waktu berbuka. Memang nikmat yummeh. Alhamdulillah..
Esok saya kongsikan resepi buat sos. Sos mama memang sedap. Teringat masa zaman sekolah dulu, hari sukan, sos mama cepat habis. Nasib rumah dekat, balik suruh mama buat lagi.

UPDATE VIDEO (11/6/2017)

4 Comment for "Resepi Puding Karamel Mudah"

ehem. awak saje menggoda kita. ni favourite kita tau!!!

*tak sabar duduk rumah sendiri, ehem bau nasik minyak!

walaupun dah berbuka, tetap terliur tgk puding tuuu....

cemana nak buat gula hangus tu nani? cikna buat tak jadi.. sob sob..

wah! tgk pon dah sedap..lagi2 nie bulan puasa plak .. glup! hehe .. sye tk pnah wat lagi caramel nie .. insyallah lepas nie nak try lah .. baca cara2 buat die tade lah susah mna .. hehe .. btw tq for sharing this recipe :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top