You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kupi Kupi Malam Lagi Sedap Dari ZUS Coffee

 Assalamualaikum..


Kupi Kupi Malam Lagi Sedap Dari ZUS Coffee | Ini tekak aku la ye. ZUS Coffee memang kopi no 1 kat tekak aku sebelum kenal Kupi Kupi Malam. Lepas je aku try Kupi Kupi malam ni ternyata kopinya memang padu. 

Aku biasanya order caramel latte. Sukatan dia memang padu dan ngam kat tekak aku. Kalau kat ZUS rasa dia sentiasa berubah ubah sebab depend pada barista yang brew tu kan. Kalau kat Kupi Kupi Malam ni owner sendiri yang brew. Mantap weh..

Facebook Kupi Kupi Malam

Walaupun Kupi Kupi malam ni sebaris rumah aku je, aku tak pernah lepak minum kopi kat situ. Teringin nak lepak tapi mengenangkan intan payung jenis lasak, lupakan je la. Lagipun Kupi Kupi Malam ni beroperasi waktu malam sahaja. 





Can u feel the coffee vibes? Tiberrr... Kalau ZUS boleh collect point dan tebus coffee free, kat Kupi Kupi malam pun ada loyalty card tau. Aku rasa ni kad ketiga kot aku redeem coffee. Yang ni dah cukup 10 kopi tapi belum redeem lagi. 

Biasanya kalau aku malas sangat nak brew coffee guna moka pot, aku beli je kat Kupi Kupi Malam. Jalan beberapa langkah dari rumah aku, dah sampai situ. Aku minta Lurviey belikan. Aku tak pernah masuk pun. Korang kalau datang jangan terkejut tau sebab dia bukan cafe tau. Kupi Kupi  Malam ni kat rumah je dan boleh lepak kat situ nak hirup kopi. 


KUPI KUPI MALAM
No. 70 Jalan Taman Gombak
68100 Batu Caves Selangor
Isnin-Sabtu (Ahad Cuti) - 9pm - 12am 


P/S: Teringin donut tapi aku failed lagi buat donut. 😂🤭 Apa apa yang berkaitan dengan Yis memang aku tak berani nak buat. 

8 Comment for "Kupi Kupi Malam Lagi Sedap Dari ZUS Coffee"

1st time dengar Kupi Kupi Malam.. adakah di Terengganu wujud.. kene carik dulu baru tahu.. :D..

suka la tengok gambar2nye.. lupa dipanggil istilah ape gambar cenggini.. sebab dah berpuluh tahun tinggal dunia fotography.. cinematik ke ek.. alahai.. nk recall tu sukar..

Menariknya kupi dia. Kita ni pun peminat kupi. Hihi

alaaa nak try jugaaaa
tp tu laaa
malam nau
kalau siang boleh jg sy terjah
😁🤭

menarik,tapi malam saya tak minum kopi.nanti tak boleh tido

seronok tengok member2 minum kopi...saya pula kalah dengan kopi walau seteguk terus pening kepala

Aik? Tak pernah jumpa pulak kupi2 ni...

Wah! Ada deko lampu gasolin!

aiseh jauh pula.. kalau ke gombak boleh la cuba Kupi Kupi Malam.. i am tempted hihi

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top