You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh

 Assalamualaikum...


Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh | Makin banyak benda nak kena fikir, makin banyak juga benda yang aku lupa. 10 hari lepas aku dapat mesej nombor celcom prepaid aku akan tamat tempoh. Tapi tu la suka bertangguh, padahal boleh je luang masa jap topup. Semalam aku balik dari rumah mama, dapat mesej nombor prepaid celcom ditamatkan. Sila reload di Celcom Blue Cube katanya.

Pagi tadi lepas breakfast, terus ke Celcom Blue Cube Sri Gombak. Nasib baik ada kat Sri Gombak ni. Mudah urusan aku. Nombor prepaid celcom aku yang ni penting sebab untuk urusan rasmi seperti family, bank, klinik dan hospital. Jadi disebabkan urusan macam ni aku memang jarang topup nombor prepaid ni. 

Agak lama juga menunggu tadi sampai turn aku. 



Bila sampai turn aku, dan nak aktifkan nombor, cs cakap kena pergi beli kat luar sebab stok topup RM30 dah habis. CS bagitau boleh beli kat Family Mart yang balik dekat. Gigih aku jalan kaki pergi beli topup demi mengaktifkan nombor prepaid aku tu. Nasib baik settle dengan cepat.

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh

  1. Pergi ke Celcom Blue Cube, beritahu pada CS untuk aktifkan semula nombor prepaid yang telah tamat tempoh.
  2. Bawa bersama RM30 dan kad pengenalan untuk proses pengaktifan semula nombor prepaid korang
  3. Dah selesai, dan serta merta nombor korang telah diaktifkan. 

Alhamdulillah, syukur dah selesai. Nasib baik juga tak perlu tukar pada postpaid. Kalau maxis dulu kena tukar postpaid tau. Lepas dah habis kontrak postpaid maxis terus aku tukar ke Celcom. 



P/S: Lewat sikit aku datang blog korang ye... 



Tag : emovere
8 Comment for "Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh"

ooo kalau maxis kena tukar postpaid ye,nampak gaya saya punya nombor pun nak kena topup juga la sekali sekala supaya snts aktif

Alhamdulillah boleh dapat balik. Ujian juga tu... :D..

Mujur boleh dapat semula kan. Tu leceh pakai prepaid nak kena sentiasa ingat nak topup.

hehehe sy igt kan nombor tu dah lamaaaa x aktif hehehe
sy nak try jg buat kat no lama saya ni

Kadang-kadang sedap juga pakai postpaid...

kalau pakai prepaid...boleh terlupa untuk top up dalam masa yang telah ditetapkan

Alhamdulillah mujur ada FM berdekatan . Kalau tidak pening juga nak mencari topup ni

oo mudah aje caranya. tq sharing

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top