You don’t have to be big. You have to be remarkable

Jalan Jalan New Market M3 Mall

 Assalamualaikum 

New Market M3 Mall | Setelah sekian lama terperuk kat rumah, semalam first time keluar dan masuk mall. Kenapa M3 Mall? Sebab utama aku pergi M3 Mall adalah orang tak ramai dan memang tak sesak pun. Sampai M3 Mall aku terus pergi New Market. Biasanya selepas beli barang kat New Market kami pergi Jalan Jalan Japan pula, tapi disebabkan Jalan Jalan Japan sentiasa ramai orang, aku memang tak pergi (semalam pun not sure ramai orang ke tak di JJJ sebab aku tak naik tingkat atas)

Last masuk New Market rasanya 2 bulan lepas dan kali ni semua tempat dah berubah. Pakaian kanak kanak pun tak banyak macam sebelum ni. Adeh.. Dah la tujuan aku nak beli baju Naura tapi tak banyak pilihan pula. 

Aku perasan ada new section iaitu pokok pokok hiasan. Sebelum ni tak banyak macam sekarang. Ada macam macam pilihan. Rambang juga mata aku tengok.  

Pokok juntai ni dah lama aku cari tau. Kat Kaison pun aku cari tapi tak jumpa. Kat Eco Shop pun aku cari, rasanya tak de. Tapi kat New Market ada, cuma aku tak beli sebab tak fikir lagi nak letak kat mana. Kang beli tersadai dalam stor pula. 

Rambang mata tengok, rasa macam nak beli semua. 

Mainan untuk anak anak pun banyak. Naura nampak ball memang banyak dia letak dalam bakul semalam. Serik kejap aku nak bawa dia keluar. Semua benda yang dia berkenan diangkutnya. Kat rumah dah ada banyak ball dah. Kalau nampak ball mesti kena beli, kalau tak melalak meraung la dalam kereta. Dah pandai dah sekarang demands something. Adoi la anak.

Bunga bunga pun ada banyak. Kalau korang suka bunga hiasan kat sini memang banyak pilihan juga dan murah.

Aku bukan penggemar bunga sangat, tapi orkid artificial macam ni memang cantik untuk hiasan. RM15 je yang ni. Aku nak cari yang jenis juntai tu tapi tak nampak pula.

Kalau nak yang nampak macam lebat bunganya boleh ambil yang RM30 ni. Memang cantik.

Kalau korang suka DIY boleh beli yang loose ni je RM9, then beli la pasu kat Eco tu. Tapi aku rasa yang siap RM15 tadi lagi berbaloi.  

Pingan mangkuk gelas kaca pun ada banyak pilihan. Murah murah. Aku pernah beli pinggan untuk makan nasi sebelum ni dan juga pinggan besar untuk hidang mee or mihun kalau ada tetamu datang.

Thermos, bekas plastik, dan peralatan dapur lain pun ada banyak pilihan kat sini. Bakul untuk letak buah buahan, bekas untuk simpan telur, alas meja, cadar, sarung bantal, towel, selimut, semua ada. Macam macam ada.

Kasut Hello Kitty ni RM10 je. Naura pantang nampak Hello Kitty mesti cakap "cat, nak... " . Walaupun murah tapi kasut ni ada kualiti juga. Ringan dan selesa. Tapi kena beringat kalau nak beli kasut jangan sampai terbeli kasut kulit babi pula. Sebab barang murah ni memang banyak yang guna kulit babi. Just be careful la. BACA: KASUT KULIT BABI

Kalau nak cari item untuk dijadikan hadiah pun, ada banyak pilihan kat sini. Korang boleh belikan patung comel ni, jam tangan, aksesori wanita dan banyak lagi la.

Sedih tengok gambar ni sebab pilihan baju tak banyak macam sebelum ni. Pelik juga aku kenapa tinggal kawasan ni je. Kalau korang tengok video kat bawah ni memang banyak sangat pilihan (video setahun lepas)

Beg nak pergi sekolah pun ada banyak pilihan. Murah murah juga. Naura nampak Hello Kitty memang ambil terus masuk bakul dah. Total belanja kat New Market semalam RM135. Aku beli baju, kasut dan mainan je semalam. Settle shopping kat sini terus balik rumah. 

Nah video New Market setahun lepas sebelum Naura lahir lagi.





7 Comment for "Jalan Jalan New Market M3 Mall "

Melihat bunga-bunga di mall pun satu terapi mata...best! Tak beli pun tak apa.

Cantiknya tumbuhan hiasan kat situ. Banyak pilihan pula. Memang boleh rambang mata begini :)

susahkan klu rambang mata mcm ni, mcm semua nak beli

Fiza pun lama dah Tak pegi mall. Cantik pulak Orkid latex tu.

cantik kan kalau jenis yg juntai tu..shida pun suka!

Adoi.. teddy bear, gaun budak.. rambang mata nengok.. Kalau sampai sini mau kering poket.. hehehe

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top