You don’t have to be big. You have to be remarkable

Doa Mengelakkan Diri Daripada Malas

 Assalamualaikum..

Doa Mengelakkan Diri Daripada Malas | Sikap malas ni memang tak lari daripada hidup ni. Kelmarin dulu, sambil settlekan kerja yang belum siap, buka Youtube dengar ceramah Ustazah Asma Harun. Ustazah Asma Harun ada kongsikan doa untuk elakkan diri daripada sifat malas. 

 

Malas ni normal lah sebab manusia memang tak lari daripada sifat malas tapi kalau nak melayankan sifat malas ni memang tak siap la semua kerja. Bila dah masuk kerja ni kenalah amanah dalam menunaikan tanggungjawab melaksanakan tugasan yang diberikan. Barulah berkat rezeki yang kita dapat tu. Rezeki yang berkat penting untuk bagi keluarga pula. Barulah berkat kehidupan ni. Suri rumah pun satu pekerjaan. Ustazah Asma Harun panggil Pengurus Rumah Tangga atau dalam bahasa Arab "Rabbatul Baiti". Suri rumah sepenuh masa, atau yang bekerja makan gaji masing masing memainkan peranan yang penting. Jadi tak perlu compare sama ada suri rumah atau pun yang kerja makan gaji. Laksanakan tugas dengan penuh amanah. 

Kerja adalah ibadah bukan beban. Kalau kita anggap ianya beban maka kita lakukan perkerjaan dengan tidak ikhlas. Bila kerja tak ikhlas, hidup pun tak tenang dan jadi mudah marah, mudah nak mengungkit, hidup selalu bermasalah. Jom jadi rajin ! Baca doa ni setiap hari agar kita jauh daripada sikap malas.


9 Comment for "Doa Mengelakkan Diri Daripada Malas "

tq tq naniey...
mmg nak kena baca selalu kat diri sndiri n budak2 kat rumahni...
memanjang asyik kena suruh je.. hahaha penat acik dah oii :d

Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian..

kena baca doa ni sepanjang hari ! kalau tak penyakit ni always ada

Okay dah save dalam telfon ni jadi nanti senang nak baca 😊 thanks sebab share

Malas ni dah macam penyakit untuk kita.
Tapi bila dah kerja, tak boleh lah malas malas. Nanti semua benda tergendala. Lepas tu akan menyusahkan orang lain hehehe :)

Nice sharing Naniey. Betul tu, sifat malas memang tak boleh nak dibuang. Tapi sebenarnya boleh dibendung.

Sama-sama kita amalkan doa tersebut. Good sharing, :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top