You don’t have to be big. You have to be remarkable

Air Fryer Cornell Dah Sampai


 Assalamualaikum..

Air Fryer Cornell Dah Sampai | Ye, Alhamdulillah dah sampai semalam. Tengok orang lain ada Air Fryer, kita pun nak juga. Hehe. Sebenarnya dah lama nak beli tapi tu la tak terbeli sampai Lurviey sendiri yang cari dan add to cart. Aku proceed buat payment je on behalf je. Lepas Lurviey tengok Air Fryer kat rumah mama dan memudahkan untuk masak ayam, terus dia bersemangat nak beli juga. Kalau tanya aku, aku nak Pressure Cooker sebab nampak macam mudah dan menjimatkan masa. Tapi aku bukannya nak masak banyak pun. Sekadar untuk dua orang makan je. Tapi kalau musim perayaan memang confirm berguna pressure cooker, lagi lagi nak rebus nasi himpit. Oh ye, isu Shopee Scammer semalam dah pun selesai. Alhamdulillah semua gambar kat post scammer tu dah tak de tapi gambar orang lain masih ada. Hope sangat shopee sekat seller tu daripada ramai yang kena tipu nanti.

Semalam sampai tenghari, petang baru aku unboxing. Bila dah unboxing tu memang excited la. Packaging memang secured sangat dengan bubble wrap dan AF ni dimasukkan dalam kotak satu lagi. Jadi, InshaAllah tiada isu kotak kemek. Seller pun dah letak fragile. Terima kasih juga sebab Pos Laju handle with care

Tapi satu je yang kurang best Air Fryer Cornell ni. Tak boleh adjust suhu. Patutlah aku pelik kenapa ada timer sahaja. Bila check kat facebook rupanya memang AF Cornell ni memang tak boleh adjust suhu. Suhu dah ditetapkan 200°C. Jadi, bila nak guna nanti, kena pandai pandai la tengok timer, kang rentung pula masakan. Tak sabar nak guna ni. Kapasiti AF Cornell ni 3.5L dan mudah untuk cuci selepas digunakan.

AF Cornell ni juga tiada button on/off. Bila nak masak just pusing je timer. Nanti dah guna aku update review aku kat sini. Kat facebook ada je yang bagitau AF Cornell ni tak bagus, cepat rosak. Aku memang masa proceed order AF ni tak baca review apa apa pun. Just bayar je. Dah Lurviey nak belanja, aku bayar je la. Hehe. Rezeki jangan ditolak kan. Alhamdulillah.  Aku beli Air Fryer Cornell ni dengan harga RM150.10 selepas tolak shopee coins. Semoga Nurul Ainani Khairuzaman rajin memasak lepas ni. Aamiin.

UPDATED : So far aku guna AF ni untuk goreng ayam. Then, panaskan leftover Pizza. Alhamdulillah AF Cornell ni sangat membantu walaupun tak dapat nak adjust suhu. Kalau korang masih baru gunakan AF Cornell macam aku ni dan nak goreng ayam korang set 20 minit. InshaAllah masak elok je. Aku buat ayam macam Khairul Aming pun masak cantik je. Kalau nak panaskan leftover pizza boleh buat dalam 5 minit macam tu je ok.

 https://shopee.com.my/product/4346374/8817038361

 

9 Comment for "Air Fryer Cornell Dah Sampai"

Akak pun xde air fryer tp pressure cooker.. Smart cooker mmg ada.. Senang gila nak masak rendang.. Tambah2 nak raya ni hehe

Akak pun xde air fryer tp pressure cooker.. Smart cooker mmg ada.. Senang gila nak masak rendang.. Tambah2 nak raya ni hehe

Yeay..dah sampai..boleh la cuba resepi2 masakan air fryer...

Dah sampai dahhhhhh, hari hari lah masak pakai air fryer lepas ni kan kak naniey :P

Ooooo... tak boleh adjust suhu pula ye. Memang kena pandai-pandailah jaga masa sebab suhu 200' tu kira tinggilah juga.

Bestnya ada gadget dapur baju. Lepas ni bolehlah mencuba resipi menggunakan air fryer pulak :)

Bestnya dah ada air fryer kt rumah . Nanti boleh cuba menu2 guna air fryer

Nk beli jugak AF ni tapi brand cornell memang tahan lama kalau pandai jaga. Lps ni mudah nk memasak

Lepas ni dah boleh cuba macam-macam resepi air fryer. 😊

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top