Shopee Scammer, Apa Perlu Buat?

 Assalamualaikum.. 

Shopee Scammer, Apa Perlu Buat? | Scammer kembali lagi. Pening betul kepala aku bila scammer kembali lagi. Kali ni scammer Malaysia je. Orang kita sendiri tapi aku tak pasti la bangsa apa cuma nama shopeenya nama melayu. Kat shopee scammer tu aku tengok ada satu post je yang dia ada rating dia jual barang kemudian dah unlisted. Lepas tu ada 5 lagi post, gambar shopee aku yang ada logo company, description seratus peratus dia copy. 

Macam mana boleh tahu pasal scammer ni? Tahun lepas dah hadap dah scammer ni. Aku rasa almost sebulan dua juga duk banteras scammer yang guna gambar shopee kami ni. Tapi scammer sebelum ni scammer China. Ramai yang tertipu. Order basikal senaman tapi yang sampai face mask 2 keping. Ada beberapa gambar yang scammer guna tu ada no telefon kami jadi customer yang kena tipu ni contact through whatsapp marah marah dan ugut nak report polis sebab tak hantar barang kemudian tanya kenapa kami blocked dia kat shopee padahal yang kena scammer tu dah blocked dorang. Memang kena sekolah la dengan Lurviey. Penat sebenarnya nak jawab isu scammer ni tapi tu lah kena hadap la juga.

Semalam aku email report kat shopee dan shopee bagi link untuk isi original post link dan reported post link. Harap pihak shopee bertindak secepat mungkin supaya tak ramai kena tipu dengan scammer yang baru belajar nak jadi scammer ni. Aku tengok ada gambar logo company lain juga kat kedai tu. Kami dah mesej juga scammer ni kat shopee tapi dia abaikan dan masih meneruskan agenda dia nak menipu orang dan masih ambil gambar kami. 

Sebagai buyer, elakkan jadi mangsa scammer. Semua orang nak barang murah. Aku sendiri pun nak barang murah juga kalau beli kat shopee. Tapi agak agak la jangan sampai tertipu. 

  • Kalau nak membeli check dulu background kedai yang korang nak membeli tu. Bila kedai mula beroperasi, apa nama kedai tersebut. Biasanya kedai yang nama pelik contohnya ; diuyu0733.my, xxxxmyhkoul, fyhakryhdlfn ni memang scammer. Aku pun tak faham kenapa masih ada buyer nak membeli dengan kedai yang nama macam orang terencat ni. 
  • Check rating kedai - Ok ke tak ok. Biasanya kalau scammer ni banyak negative rating seperti - barang tidak sampai, not received the item etc, macam tu la.
  • Cancellation rate - Kebiasaannya cancellation rate scammer ni sangat tinggi. So bila tengok cancellation rate tinggi better jangan proceed order.
  • Gambar copy dengan watermark berbeza - Scammer biasanya akan ambil gambar daripada seller lain. Jadi kalau tengok ada watermark berbeza, confirm scammer ! Contoh logo company A, kemudian di post lain, logo company B, gambar yang lain lagi, logo company C. Faham tak? 

Kalau korang sebagai buyer dan korang sedar korang dah kena scam, boleh terus klik cancel order atau request return/refund. Andai kata order dah completed korang boleh report kat shopee. InshaAllah korang boleh dapat semula duit korang. Kena ada effort la nak duit balik kan. 

Kalau korang sebagai seller dan scammer guna gambar korang untuk mengelirukan customer lain, korang boleh report kat shopee juga. Nanti shopee akan assist korang. InshaAllah nanti tak de la account scammer tu kena banned dengan shopee. Jangan biarkan scammer berleluasa. Dorang ni tahu nak duit cara mudah je dengan menipu orang. Tak faham aku hati manusia bergelar scammer ni macam mana. Haishh... Ok lah, tu je nak bebel. Sekadar nak berkongsi dan meluahkan. Aku pun pernah kena scam sebab nak barang murah then memang aku sedar sebab something fishy sangat. Harga pun tak masuk akal bila fikir logik. Nasiba baik duit dapat balik. Hehe.. Fight for your right okeh ! 

 

7 Komentar untuk "Shopee Scammer, Apa Perlu Buat? "

pernah kena gak scammer shopee ni..
nasib ada yg cecepat bgtau soh unlisted kan....

cecepat tarik balik payment...
kadg mcm pelik, brg2 yg dia jual tu mcm murah gila2 harga nya...

Berleluasa pula diorang nie buat duit cara mudah ye..

pelik dengan manusia yang suka jadi scammer ni. Tak rasa bersalah lansung tipu orang. Saya kalau beli memang survey dulu dan baca latest review. Kalau apa apa jadi memang report terus kat shopee.

Kat shopee pun ada scammer jugak ye, ingatkan kat mudah dengan carousell je. Nasib lah kat shopee boleh refund. Kalau tak sia sia jelah bagi duit ke scammer huhuhu. Mohon bertabah kak naniey.

Tak habis- habis scammer ni...ada je jalan nak menipu orang kan..so kena alert dan hati- hati

Bahaya betul skrg ni. Nasib baik xpernah lg terkena. Memang akan belek latar belakang seller dulu sblm beli

Back To Top