Once you choose hope, anything's possible

Ayam Masak Sambal Dan Kubis Goreng Hati Ayam

Ayam Masak Sambal Dan Kubis Goreng Hati Ayam


Assalamualaikum... 

Hari ni cuti lagi. Korang bercuti dan jalan jalan ke mana tu? Aku duk rumah je sebab Naura baru baik demam dan aku pula sakit pinggang sangat. Nak tidur semalam pun seksa sungguh rasanya. Pusing kiri tak kena, pusing kanan pun tak kena. Pagi ni breakfast aku buat nasi goreng sardin je. Lunch hari ni aku bagitau Lurviey aku nak masak ayam sambal je sebab tak larat nak masak benda lain. Ayam masak sambal ni memang resepi sama je kalau aku masak sambal udang atau pun sambal telur. 

 

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL MUDAH DAN SEDAP. 

 


 Bahan-bahannya

  • Ayam goreng terlebih dahulu (aku goreng guna Air Fryer je) 
  • Bawang merah - blend
  • Bawang putih - blend
  • Cili giling - ikut tahap kepedasan tekak sendiri
  • Sedikit air asam jawa
  • Kiub ayam - guna kiub ayam tak perlu letak garam
  • Gula nise sikit nak bagi kuah gelap
  • Sedikit minyak

Cara caranya 

  1. Tumis bawang merah dan putih yang diblend bersama dengan cili giling hingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa, kiub ayam dan gula nise
  3. Jika dah cukup rasa boleh masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Siap ! 

Bila beli ayam mesti dapat hati dan hati ni biasanya aku campur sekali buat kubis goreng. Ni resepi sayur yang paling mudah untuk buat. 


RESEPI KUBIS GORENG HATI AYAM  

 


Bahan-bahannya

  • Hati ayam yang telah dipotong dan gaul garam kunyit
  • Kubis yang telah dipotong dan dicuci
  • Sedikit minyak

Cara caranya

  1. Goreng hati ayam dengan sedikit minyak.
  2. Bila hati ayam dah masak boleh masukkan kubis dan gaul rata.
  3. Boleh tambah sedikit air jika mahu. Tak perlu campur garam sebab hati ayam dah gaul dengan garam kunyit. Siap ! 

Simple je lunch aku hari ni. Tak larat nak berdiri lama. Nak duduk lama pun sakit pinggang. Nak baring tak selesa pula. Korang lunch apa hari ni? 


P/S: Teringin nak makan takoyaki. Macam nak keluar cari takoyaki je petang kang.. 




 

Tag : resepi
11 Comment for "Ayam Masak Sambal Dan Kubis Goreng Hati Ayam "

Musim-musim panas ni elok makan or masak simple2 je kan...

Dapat tak takoyaki nya tu?? Jgn ngidam yg ssh nk dpt plak ye :p

Sedap kubis hati ayam. Ayam masak sambal pun menyelerakan..

Sama cara kita masak, ayam ke, ikan ke, hatta makanan seafood yg jenis kena goreng semua masuk air fryer... no oil, jadi makanan boleh jaga dari guna minyak berlebihan. Terbaik Naniey! Semoga Naura lekas sembuh.

ayamm. nmpk sedapp, kobis gorzng hati ayam pun sodapp
akak suka hati ayam

mama suka hati ayam dalam sayur. sedap. yum yum ayam tu sedap oo

Uishh terliur tengok ayam masak merah tu...
Dah dapat ke belum takoyakinya?

Sedap ayam masak sambal. Saya pun suka goreng dulu kalau masak ayam. Tapi goreng biasalah guna minyak dan kuali sebab takde air fryer.

Back To Top