Once you choose hope, anything's possible

Kek Baby Murah Dan Sedap Di Emylia Home Bakery

 Kek Baby Murah Dan Sedap Di Emylia Home Bakery

 

Assalamualaikum.. 

Berapa hari dah duk craving kek macam tu. Pagi semalam keluar tapau roti canai terus ajak Lurviey ke Emylia Home Bakery di Selayang. Sebelum ni Kak Ret ada share JJCM Cafe Pink Gombak yang terletak di Sri Gombak. Cafe tu milik Emylia Home Bakery. Aku tak berkesempatan lagi untuk ke sana. InshaAllah next time. 

Masa pergi semalam kecewa sikit sebab banyak yang tak de. Yang ada kek birthday saiz biasa tu ,kek batik, brownies, dan baby cakes. Naura dah nampak kek spiderman yang besar tu tapi aku cakap tunggu birthday dia nanti. Bukan dia makan sangat pun kek. Sudahnya mommy yang kena habiskan. Dah la rabu ni nak check up, selasa nak kena buat BSP. Heh... 

KEK BABY MURAH DAN SEDAP AREA SELAYANG & BATU CAVES GOMBAK 


Jadi aku decide beli baby cakes ni je. Dalam baby cakes ni chocolate moist cake. Cantik cantik baby cakes ni. Harga RM15 sahaja. Bagi aku kek saiz baby ni sangat sesuai untuk anak yang tak berapa nak makan kek tapi nak juga ada kek masa sambutan hari lahir. Orang kata sekadar pelengkap gitu. Tapi jangan expect lebih dengan harga RM15 ni. 

Naura dah nampak baby cakes dah jerit nak kek cikong, kek cikong (Unicorn). Ok lah beli kek Unicorn. Yang penting dalam tu chocolate moist cake dan lebih menarik kotak kek tu cantik sangat. Dapat candle 1 batang dan juga pisau potong kek. 

 

Sampai rumah suruh ambil gambar dengan kek cikong dia pula sambil buat pose peace. Lepas tu nyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri. Setiap kali kek, setiap kali tu la birthday Naura. Kek chocolate moist tu sedap cuma kecil je la. Nama pun kek baby. Aising dia tebal dan tak manis. Sedap je aising dia tu bagi penggemar aising. Kalau beli jalan lupa masukkan dalam fridge dulu kang cair pula aising tu. 

Next time aku nak repeat lagi. InshaAllah sebab semalam banyak yang tak de. Mungkin repeat kat Sri Gombak pula lah. Boleh dine in.

 

OUTLET SELAYANG
 
Emylia Home Bakery
No 96a Jalan 11
Selayang Batu 
68100 Batu Caves
Selangor

OUTLET SRI GOMBAK

EMYLIA HOME BAKERY SRI GOMBAK
No 31, Jalan sg 1/9
Taman Sri Gombak
(Sebaris SENHENG)


P/S: Berapa pula kes hari ni ye? 🤔


Tag : food
8 Comment for "Kek Baby Murah Dan Sedap Di Emylia Home Bakery"

Kek cute sesuai utk.besday ank2. betul.la tu budak x.mkn byk pun
harga pun murah

Cikong pun cikong lah.... hehehehe

Kaann kaann comel2 kek dia.. Btul tu, kek sesuai tuk org x makan kek sgt tp bak celwbrate besday hahaha

Haritu baru nampak kat tiktok viral kek baby ni. Comel kek dia sesuai sebenarnya kalau kita nak beli sambut ala kadar nak ada kek hehe

rm15 je? wow cantik dan murah la baby cake ni.. seronok tgk

Cantik-cantik keknya.
Murah pula harganya.

comelnya baby cake ni.. ingatkan apalah cikong tu.. rupanya unicorn.. hahaha

Comel comel keknya pun. Patutlah Naura beria nak beli. Ada Unicorn jugak. Sesuailah saiz mini untuk celebration kecil kecilan kan. Murah pun murah.

Back To Top