You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kenapa Anak Datuk K, Asyraf Belajar Dengan Azizan Osman



Kenapa Anak Datuk K, Asyraf Belajar Dengan Azizan Osman



Tertanya-tanya Kenapa anak Datuk K iaitu Asyraf Khalid belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman?


Anda tahu Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang Mentor usahawan yang berjaya tetapi anda juga tahu bahawa Ashraf merupakan anak Datuk K yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya.


Persoalannya Mengapa Asyraf belajar dengan Azizan Osman?




Permulaan Asyraf Mengikuti Datuk Wira Dr Azizan Osman



Untuk pengetahuan anda, Asyraf Khalid dahulu Bukanlah seperti yang sekarang dahulunya beliau tidak memikirkan akan kejayaan tapi ia lebih kepada melakukan apa yang beliau suka. Masa berganti masa, sampai satu tahap akhirnya beliau sedar banyak perlu membuktikan beliau boleh percaya kepada bapanya.


Itu adalah matlamat atau big why yang telah beliau tetapkan dalam diri apabila telah menubuhkan perniagaan. Beliau komited mencari seorang guru usahawan untuk membimbing beliau. Rezeki dari Allah SWT siapa yang tahu. Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah Mentor usahawan terbaik dan layak untuk membimbing mereka.


Sejak hari pertama mereka bermentorkan Datuk Wira Dr Azizan Osman, mereka telah mengecapi sedikit demi sedikit kejayaan. Kuncinya mudah, cuma ikut sahaja kata Mentor, tidak melawan dan teruskan usaha sehingga berjaya.


Selepas tiga tahun sahaja, akhirnya perniagaan telah membuat jualan jutaan ringgit. Ini adalah masa yang sangat singkat sebenarnya Tahniah buat Khalid Asyraf dan Tya Arifin.

Perjumpaan Datuk K Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman






Isnin yang lalu, Datuk K bersama Datuk Wira Dr Azizan telah bertemu dalam majlis makan malam sempena hari jadi Datuk K di rumahnya. Datuk K merakamkan penghargaan Terima kasih buat Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana atas bimbingannya, anaknya berjaya dalam perniagaan.





Bukan itu sahaja tetapi kehidupan yang juga bertambah baik. Itulah sebab kenapa Datuk K menyokong anaknya untuk belajar dengan Datuk Wira. Datuk Wira bukan sahaja mengajar tentang keusahawanan tetapi Datuk Wira juga mengajar berkaitan dengan kekayaan Abadi suatu masa nanti. Beliau selalu Mengingatkan untuk bersedekah, beribadah dan lain-lain lagi.


Pada kesempatan itu, Asyraf juga melahirkan ucapan terima kasih kepada bapanya dan mentornya. Tanpa mereka tidak mungkin kejayaan ini akan dicapai. Beliau juga mengakui bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah Mentor terbaik buatnya dan ayahnya juga sentiasa bersabar dengannya. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan ini dapat disaksikan oleh mereka semua. Jom lihat antara petikan ucapan Datuk K dan Asyraf mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman.






Luahan Hati Asyraf kepada Datuk K dan Datuk Wira



"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelas Asyraf.



Asyraf Juga Puji Akan Anak Didik Dr Azizan Osman



"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,"






Datuk K Luah Perasaan Cemburu dan Kagum Dengan Datuk Wira Azizan Osman

 
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”



Datuk K Turut Mengingatkan Usahawan Yang Berjaya



“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”


Bagi Datuk K, Datuk Wira Dr Azizan Osman sangat layak dijadikan mentor usahawan. Beliau berjaya melahirkan usahawan jutawan bukan seorang dua, tetapi beratus orang usahawan jutawan.


Anda boleh lihat iklan-iklan jenama di radio, billboard highway dan televisyen, ramai daripada mereka adalah usahawan jutawan Richworks yang telah dibimbing oleh Datuk Wira.

Kesimpulannya, Jangan Takut Untuk Belajar Dan Cari Mentor






Penting ada orang yang bimbing kita untuk berjaya. Tanpa mentor atau guru, belum pasti kita buat bisnes itu menjadi. Ada mentor pun, kita sendiri perlu agresif dan komited. Jika kita yang tidak bersungguh-sungguh, bagaimana nak berjaya. Cikgu boleh tunjuk ajar dan beritahu apa perlu buat, tetapi jika kita tak bergerak, ia tetap takkan jadi.


Sekiranya anda ingin dibimbing, anda boleh sertai program percuma yang dianjurkan Richworks. Jika ingin mencari seorang mentor usahawan yang berjaya, kenal pasti apakah yang anda mahukan dalam perniagaan terlebih dahulu.


Anda boleh layari www.richworks.com. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
 
 
1 Comment for "Kenapa Anak Datuk K, Asyraf Belajar Dengan Azizan Osman"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top