You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tealive Mangold Milkshake Sedap Ke?

 Tealive Mangold Milkshake Sedap Ke? 

 

Assalamualaikum... 

Hari pertama Tealive Mangold ni keluar dan sedia dibeli aku tak dapat nak beli sebab dah beli Teh Ais Padu fave aku. Jadi lalu tepi Tealive tengok je la. Hari ni cuti tak keluar jadi aku cuba beli guna Tealive guna Shopee Food. Pertama kali aku guna perkhidmatan penghantaran makanan ni. Aku tak pernah guna Food Panda atau Grab Food. Disebabkan Shopee Food ada bagi diskaun RM10 untuk pertama kali checkout dan juga free delivery why not aku guna kan? 

 
Ada banyak pilihan Tealive Mangold antaranya Mangold Collagen Milkshake, Mangold Tea, Mangold Organic Milkshake dan juga Mangold Organic Oat Milk
 

Jadi aku pilih Mangold Milkshake with Jelly & Sago dan Bang Bang Milk Tea With Brown Sugar. Lurviey pula ambil Milk Choc Shaka Lava With Oreo Cookies.

Sedap ke Mangold Milkshake? 

 


Bagi aku rasanya ok je macam Mango Milkshake biasa tu dan bagi aku bezanya ada letak jelly dan sagu tu je. Sedap cuma normal sugar ni a bit manis sikit bagi aku. Jadi aku minum tadi suku je then simpan dalam freezer. Mungkin next time kalau nak order kena less sugar

 

 

Total kena bayar selepas tolak diskaun RM25.67. Murah la sebab tak perlu nak keluar. Aku tak tahu boleh bagi tips kat rider melalui shopee je. Tadi Lurviey bagi cash je. 


P/S: Aku pernah tengok rider tinggalkan makanan atas tong sampah bertutup kat depan lobi kondo aku ni. Kalau ye pun nak cepat jangan la letak atas tong sampah dan yang order pun jangan la buat rider tertunggu tunggu walaupun ko bayar !

 

Tag : food
5 Comment for "Tealive Mangold Milkshake Sedap Ke? "

Alahai...akak x minum manis...sebabtu x reti nak komen...

Belum rasa lagi. Haritu macam tertarik gak nak membeli, sekali order lain pulak. Berbaloi beli ada diskaun tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top