You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Spagetti Aglio Olio Salmon Grilled Mudah

 Spagetti Aglio Olio Salmon Grilled

 

Assalamualaikum... 

Bila dah mula bosan makan nasi kita tukar menu pada spagetti pula. Alhamdulillah hari ni dah hari ke 14 pantang. Baby masih lagi kuning, jadi Khamis ni kena repeat TSB lagi dan jika masih tinggi hari Jumaat kena buat ujian darah. Hopefully getting better la. Baby sehari dua kurang berak tak macam biasa. Jadi slow sikit la kuning turun. 

Biasa Aglio Olio aku suka guna udang tapi disebabkan pantang dan tak boleh makan udang, aku tukar pada salmon. 

 

Spagetti Aglio Olio Salmon Grilled Untuk Ibu Berpantang 

Bahan-Bahannya

  • Bawang putih cincang 
  • Olive oil
  • Spagetti yang telah direbus
  • Salmon grilled (perap dengan olive oil, sedikit garam dan mixed herbs)
  • Kiub ayam
  • Air rebusan spagetti
  • Parsley leaves

Cara-caranya 

  1. Masukkan olive oil dan tumis bawang putih hingga kekuningan
  2. Kemudian masukkan air rebusan spagetti dan kiub ayam. Kacau rata. 
  3. Masukkan spagetti yang telah direbus. Kacau rata. 
  4. Tabur sedikit parsley leaves dan isi salmon. Kacau rata. Siap ! 

Salmon grilled tu boleh makan gitu je atau kacau dalam spagetti terus. Korang boleh letak lada hitam. Aku tak letak lada hitam sebab baby masih kuning. Biasanya aku suka letak cheese dan chili flakes nak bagi creamy and spicy. Puas hati dapat makan spagetti. Petang nanti pun aku nak buat spagetti aglio olio lagi. 

 

P/S: Meraikan hari ke 14 dengan ZUS Hot Caramel Macchiato. Aci tak?


Tag : resepi
6 Comment for "Resepi Spagetti Aglio Olio Salmon Grilled Mudah "

Dulu memang x suka spagetti msak style macam ni tau. Lepas makan dekat buffet saloma, terus Syu jatuh cinta 😋💕. Sedap & simple dia punya rasa.

Sedapnyaaaa salmon! Favourite tuu...
Spaghetti Aglio Olio pun lama tak makannn

Salam perkenalan,
Apa sahaja makanan berasaskan spaghetti mesti menjadi kegemaran saya.. Western food ni masak simple tapi sedap..

Akak x suka salmon tapi bleh tukar ngan ikan Dory kan..eh..eh..dia dah berpantang la...siyes la dah bersalin ke...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top