Once you choose hope, anything's possible

Cenderahati Dari Hospital Tunku Azizah


 Cenderahati Dari Hospital Tunku Azizah

 

Assalamualaikum... 

Balik dari LR ke wad, nampak ada plastik purple kat meja katil aku. Aku tak larat nak pegang dan tengok pun apa yang ada dalam plastik tu. Hari ke 12 pantang aku baru buka plastik ni. Tak sangkat pula dapat cenderahati dari HTA ala ala hospital swasta gitu. 

Masuk wad kali ni aku masih pilih wad kelas ketiga walaupun Lurviey minta tukar wad kelas satu atau kelas dua. Aku cakap buat apa nak bazir duit sedangkan wad kelas ketiga pun tetap selesa.  Mungkin kurang selesa time orang melawat je la kot. Aku ok je. Wad lama dulu pun aku rasa selesa je apatah lagi wad baru ni. Wad baru ni setiap ruang ada toilet sendiri. Satu ruang tu ada 6 katil dan ada 2 toilet beserta water heater. Setiap katil ada kerusi, ada almari pakaian, dan side table untuk letak barang dalam tu. Selesa la kan? 

Cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah buahan, kuih muih, duit dan sebagainya. Manakala cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen dan lain lain. 

Ni lah cenderahati yang aku dapat tu.
 

  • Drypers Wee Wee Dry Sample NB Size 2pc
  • Drypers Wee Wee Dry Sample S Size 2pc 
  • Drypers Baby Head To Toe Sample 
  • Voucher Drypers worth RM25
  • Mamy Poko Extra Dry NB Size 2pc
  • Baby Carrie Baby Head To Toe 50g 
  • Baby Carrie Liquid Cleanser 50ml
Alhamdulillah rezeki baby. Boleh try lain lain pampers. New born biasanya aku guna Huggies dan bila besar sikit nanti baru aku bertukar kepada Mamy Poko. Drypers NB aku tak pernah guna lagi. Stok pampers Huggies masih ada banyak sebab kebetulan hari tu ada nampak sorang kakak ni jual murah je. RM15/pek. Murah kan? Jadi, Lurviey terus grab 6 pek saiz NB dan 2 pek saiz S. Senang. Ingatkan cukup 6 pek NB tu. Now ada lagi 2 pek. So kena tambah stok lagi. Lurviey whatsapp kakak yang jual tu tapi buat masa sekarang tak de stok lagi katanya. 
 


P/S: Nak settlekan pendaftaran kelahiran minggu ni tapi sijil nikah aku lupa letak kat mana. Adoii


 

Tag : nanieydom
3 Comment for "Cenderahati Dari Hospital Tunku Azizah"

Cari lekas sijil nikah tu..nanti lambat daftar kena denda ke tak?


Laaa...letak mana la sijil nikah tu..slow2 cari okey...

"Cenderahati adalah pemberian tidak kekal seperti buah buahan, kuih muih, duit dan sebagainya. Manakala cenderamata adalah pemberian yang berbentuk kekal seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen dan lain lain"

la..bru saya tahu perbezaan 2 perkataan tu..hehehe

Back To Top