You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mee Kari Sedap Di WCH HKL

 Mee Kari Sedap Di WCH HKL

Assalamualaikum.... 

Semalam appointment dengan ORL dan juga pakar bius. Berdebar rasanya bila nak jumpa pakar bius dan bila doktor terangkan risiko bius tu memang menakutkan tapi kalau tak buat susah pula bila dah masuk 6 bulan nanti. 

Settle jumpa pakar bius dan ORL, kami makan di food court WCH HKL. Aku ni memang kurang selera nak makan nasi jadi aku cuba mee kari je. Tak sangka betul mee kari banyak macam ni lengkap dengan tauhu, ayam, sawi, telur separuh, fish ball dan fish cakes, berharga RM5. Memang sedap kat tekak aku dan memang aku akan beli lagi nanti. 


Tempat wajib 'posing' selepas makan sebelum balik. Naura mesti panggil "mommy jom ambil hambar (gambar)" . Khamis ni 'clerking' kat klinik ORL pula. Nasib baik appointment petang jadi tak rushing sangat nak siapkan diri sendiri dan anak anak. 

Clerking - The act of taking a patient’s complete history, performing an examination, recording all in the patient’s notes, and writing a problem list and a care plan. - medical dictionary.

 

 P/S: Sekarang aku rungsing Naura tidur bunyi macam berdengkur. Tak pernah pun jadi macam ni. Nak ke klinik la jawabnya nanti. Pantau dulu ..

 

 

Tag : food
5 Comment for "Mee Kari Sedap Di WCH HKL"

Meriah mee karinya. Memang puas hatilah kan.

Teringin nak try mee kari sedap tp x jumpa lg... kt sini jarang org buat atau jual mee kari... buat sendiri xtaulah sedap ke x.. haha

nampak sedapp mee

semoga dipermudahkan urusan Nani ye.

Penuh mangkuk rencah mi kari dia. Puas hati dapat macam ni walaupun rasa macam bekas tu kecil. Kena dengan selera mesti akan repeat punya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top