Once you choose hope, anything's possible

Settle Daftar Kelahiran Baby


 Settle Daftar Kelahiran Baby


Assalamualaikum... 

 

Alhamdulillah akhirnya settle daftar nama baby semalam. Pendaftaran perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari di Jabatan Pendaftaran Negara. Kali ni lewat sikit daftar nama baby disebabkan sibuk ulang alik KK dan Klinik Siti untuk check up kuning. 

Nama diberi Muhammad Aryan Miqael yang bermaksud 'yang terpuji, dirahmati, kekuatan penuh pemberian Allah' . Sebenarnya aku nak letak nama Aryan Miqael je tapi disebabkan kedua dua mamaku tegur kenapa tak letak Muhammad kat depan, maka aku ambil keputusan letak Muhammad kat depan. Nama Miqael tu memang aku akan letak jika dapat baby boy dan Miqayla untuk baby girl.Oh ye, tadi Lurviey ada bagitau yang nama dengan ejaan MOHD sudah tidak diterima pakai lagi kerana ianya singkatan dan tiada membawa maksud apa apa (kata orang JPN). 

Nak daftar baby wajib bawa buku pink dan sijil nikah sebagai bukti sebab orang JPN kata sebelum ni ada kes penipuan. Penipuan macam mana aku tak tanya pula Lurviey tadi. Jadi korang yang plan nak bersalin dan berpantang kat kampung ke apa jangan lupa bawa sijil nikah ye. Buku pink tu confirm la kena bawa sebab bila warded kena ada buku pink. Aku cari sijil nikah aku almost 3 jam baru jumpa sebab ingat ingat lupa kat mana letaknya. Maklumlah hidup nomad berpindah randah masa 3rd trimester. 

Lagi 2 minggu JPN kata boleh cuba call tanya My Kids dah siap ke belum. Anak buah aku punya My Kids dah setahun lebih pun masih belum siap. Harapnya Aryan punya My Kids siap dengan cepat. 

 

P/S: Bestnya korang yang dapat pergi Pesta Buku. Aku tak dapat nak pergi tahun ni 😢


Tag : nanieydom
6 Comment for "Settle Daftar Kelahiran Baby"

Sedap namanya.
Perkongsian yg menarik.
Baru tahu dokumen apa nak kena bawa masa daftar nama 🤭💕. Almaklumlah belum ada anak lagi 😅.

assalamaualaikum Muhammad Aryan Miqael. sedap namanya sesedap maksudnya

Ammi tak pernah ada buku pink..jadi guna apa ntah abahnya gi daftar...buku appt hospital je kot.

mmg kene sijil ye? kad nikah tak aci?

Indah nama putera Naniey. Welcome to the world,little caliph!

Tahniah for ur newborn baby❤️

Back To Top