You don’t have to be big. You have to be remarkable

Angkut Pokok Langsuir


Angkut Pokok Langsuir 

  

Assalamualaikum... 

Memandangkan sekarang duduk rumah bertanah boleh la nak tanam pokok di laman rumah. Berapa lama boleh tahan tak tahu la. Masa balik kampung hari tu aku ambil banyak pokok dedaun hijau bawa balik rumah sini. Aku memang suka pokok berdaun hijau ni dan kurang suka pokok bunga sebab tak suka nampak warna warni. Nanti rasa pening je tengok banyak sangat warnanya..


Angkut mana yang boleh angkut. Pokok langsuir ni memang aku dah lama nak sebab aku suka rupa bentuk dia.. Yang berlonggok tu semua aku angkut kecuali pokok keladi. Korang nak tahu banyak pasal pokok langsuir boleh baca kat blog Wak Petani.

Beginilah rupanya hari nak balik tu, penuh kat belakang kereta. Ada satu pokok tu dah nak mati sebab kena panas sepanjang perjalanan balik dari Kelantan ke Gombak. Terbakar daunnya.. 

Aku harap aku mampu jaga pokok ni seperti mama jaga pokok ni.  Aku tengah serabut dengan kucing jiran rumah sebelah sebelah sebelah sana tu datang berak kat rumah aku. Apa aku nak buat supaya kucing ni tak berak tak dalam pasu pokok aku. Aku baru je nak tanam pandan dalam pasu tu sekali tengok elok je taik kucing dalam tu. Sakit betul hati. Sabar.... 

 

P/S: Minggu ni nak kasi settle susun pokok kat luar rumah ni tapi kena settlekan masalah kucing berak tu dulu.

 

 

Tag : gardening
5 Comment for "Angkut Pokok Langsuir "

Mini garden kehijauan ..cantik ..tenang mata memandang

Dulu mak Fiza pun ada jugak tanam pokok langsuir tu Naniey. Disebabkan ada serangga yang serang, tak sampai setahun dah mati.

Alaaa..sorang lagi tayang tanaman dia...makin jeles la akak ni...cantik2 semua...

Seronoknya tengok pokok-pokok hijau!
Untuk elak kucing buat projek, cuba Naniey beli garpu plastik tu kan... patahkan kasi pendek sedikit, kemudian cucuk kan kat tanah/pasu dengan bahagian mata garpu hala ke atas. Letaklah jarak-jarak dalam pasu tu dalam tiga empat batang. Nanti kucing segan nak poo sebab takut hujung garpu kena montot dia :)

Maybe boleh letak sabut kelapa tutup tanah2 tu..
Si meow ni rasa pantang nampak ada tanah/pasir mesti nk poo2..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top