You don’t have to be big. You have to be remarkable

Beli Sayur Dan Bunga Segar Di Kea Farm


 Beli Sayur Dan Bunga Segar Di Kea Farm 

 

Assalamualaikum.. 

[Nak clearkan draft, baru perasan entri ni belum publish lagi]

Settle jalan jalan kat Taman Rama Rama dan petik strawberi di EQ Strawberry Farm, kami terus ke Kea Farm. Aku malas nak turun tapi nak tahu apa yang ada kat Kea Farm ni sampai jalan sesak teruk masa tu. Entah bila pula aku nak datang bila mengenangkan jalan macam tu nak naik atas tu kan. Masing masing berpecah kat sini. Aku, Lurviey dan Naura jalan cari barang kami sendiri. 

Tak plan pun nak beli apa tapi aku nak cari bunga. Harga boleh tahan sebab bunganya dah siap digubah dah. Banyak kali juga aku pusing sebelum decide nak beli bunga. 

Suka tengok tapi bukan semua aku suka. Baby breath tu pun boleh tahan harganya tapi tahan lama. 


Kalau mama aku datang ni mau banyak pokok juga mama beli sebab ada macam macam jenis pokok bunga. Aku suka bunga untuk hias atas meja je dan kurang suka untuk tanam pokok yang berbunga. Aku lebih suka pokok dedaun hijau je.

Orang kata kalau dah sampai CH ni kena try Popstick ni. Jadi aku pun beli la satu untuk Naura.

Chocolate & Strawberry, pilihan mommy. Di sebabkan Naura suka coklat aku ambil la yang ni. Aku tak try pun sebab nak check BSP nanti. Azab kan jalan jalan bila kena kawal makan ni. Grrr 

Tengok jagung terus Lurviey beli jagung. Bila lagi nak cuba jagung mutiara ni. Memang sedap dan manis sangat. Tak pernah makan jagung sesedap tu. Tengah tulis ni pun terbayang keenakan dan kemanisan jagung tu. Susah nak jumpa jagung yang sedap. Yang aku beli kat supermarket tulisnya jagung manis tapi yang aku dapat tawar gila. Sakit hati betul !

Alang alang dah nampak sayur yang segar bugar dan murah ni, memang terus beli la walaupun menunggu hari perut nak meletup dan malas masak. 7 jenis sayur RM10. Sangat murah. Borak dengan mama, teringat ingat strawberi dan sayur segar kat Cameron Highlands. Tapi bila mengenangkan jalan tu alahai.


P/S: Sejak makan strawberi yang petik sendiri kat Cameron Highlands memang tak pandang dah strawberry import ni. Lagi sedap yang CH punya.

 


7 Comment for "Beli Sayur Dan Bunga Segar Di Kea Farm "

Zaman single muda mudi dl je suka beli pokok2 bunga ni hahaa.. Terigt lg siap borong mcm2 sayur n bunga penih satu but kete

Cantiknya bunga2 tu 😍
Memang sesak sungguh la area Kea Farm tu kan…
Datang hari bekerja barulah kurang sikit sesaknya.

Sayur-sayuran tu belian wajib kalau ke CH.
Mrs. A last pergi CH pun Disember 2016 ingat lagi pun sebab ada stori kat blog hehheehe...

Ciknur pun x beli sayur ,tp nmpak salad cantik freshh tertarik jga.

pucuk keledek tu...
ammi last ke CH masa anak yg bongsu tu belum pandai jalan...la ni dah dajah 2 dah dia

Huyyooo.. sedapnya nampak eskrim tu.. Oh ye eh.. kagi sedap stroberi kt CH tu . entah bila dapat singgah jalan agaknya.. huhu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top