Once you choose hope, anything's possible

Bijak Matematik Dengan Math Games

Bijak Matematik Dengan Math Games


Assalamualaikum... 

Sebut matematik berapa ramai yang baca entri ni minat matematik? Matematik ni kalau faham dan tahu formula memang sangat best nak selesaikan setiap soalan tu tapi kalau tak faham sampai ke sudah la tenung kertas soalan tu. Matematik ni setiap hari kita guna dalam kehidupan. Anak anak ni kalau tak faham matematik ni mula la rasa macam give up. Jadi untuk buat mereka sukakan matematik, korang boleh ajak mereka bermain permainan matematik ni. 


Math Boy Game

Permainan ni sesuai sangat untuk anak anak yang baru belajar asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Mak ayah boleh join sekali dengan anak untuk selesaikan masalah matematik ni. Mesti fun buat sama sama dan dalam masa yang sama dapat ajar anak matematik ni. Permainan ni ada masa jadi memang kena cepat cepat jawab sebelum game over.

Math Plus Puzzle Game 

Kalau anak sukakan puzzle boleh cuba main permainan matematik yang ni. Memang best. Game ni salah satu yang aku suka. Hanya klik dua blok untuk menjawab target tersebut. Game ni sesuai untuk anak yang baru nak belajar 'tambah'. Wajib cuba tau yang ni. 

Feed Math Addition. 

Yang ni lagi menarik sebab lagi mudah nak nampak dan sesuai untuk anak yang baru belajar menambah tapi dengan nombor yang lebih besar daripada puzzle game di atas ni. Yang ni ada timing dan semakin lama semakin sukar. 

Math Ball 


Game ni walaupun nampak mudah tapi korang kena cekap kira kira. Permulaan game ni pun dah mencabar kepala otak aku walaupun hanya tambah tambah je. Hehe.. Tu la semua nak guna kalkulator je. Nak congak nombor besar pun dah terkial kial. Lol.. 

Ada banyak lagi pilihan math games yang lain. Sejajar dengan perkembangan semasa, dengan adanya permainan matematik seperti ini dapat membantu ibu bapa untuk memupuk minat anak anak terhadap pembelajaran matematik. Korang dah pernah cuba main? Yang mana satu fave korang? 

 

 

2 Comment for "Bijak Matematik Dengan Math Games "

Menarik, kan.. saya pun suka game kat sini.. huhu.. Favourite sy.. yang feed math game tu.. comel makan sushi kartun tun.. hehee

Rasa nak cubalah, nak tengok otak masih karat atau dah getting better haha

Back To Top