Once you choose hope, anything's possible

Kek Tiramisu Baker's Cottage


Kek Tiramisu Baker's Cottage 

Assalamualaikum... 

Tahun ni aku masih lagi memilih kek Baker's Cottage untuk ulangtahun perkahwinan kami dan kali ni aku pilih Kek Tiramisu. Sebelum ni aku pernah cuba Red Velvet dan juga Chocolate  Cheese Mousse Cake dan kedua duanya sangat sedap. Tahun ni nak cuba kek lain pula dari Baker's Cottage. 

Kalau sebut kek tiramisu ni mesti terbayang rasa kopi gitu. Sejujurnya aku tak pernah rasa kek tiramisu ni jadi memang aku nak cuba sangatlah Kek Tiramisu Baker's Cottage ni. 


Kek Tiramisu ni bagi aku sangatlah sedap. Lapisan kek sponge yang sangat lembut makan sejuk sejuk memang sedap dan rasanya tak manis sangat. Just nice gitu orang kata. Rasa kopi pun light je dengan taburan serbuk koko di atas kek membuatkan rasanya pahit pahit manis lemak gitu.  Naura pun boleh makan walaupun tak banyak. Antara ketiga ketiga kek Baker's Cottage yang aku pernah cuba, kek tiramisu ni yang paling cepat habis. Hehe.. 
 

Harga RM40++ . Aku lupa sebab ni Lurviey yang belikan kek ni. 

 

P/S: Ambang Merdeka korang pergi mana?


Tag : food
7 Comment for "Kek Tiramisu Baker's Cottage "

Sedapnya kek...ikut hati ni kan...nak pi keluar malam ni tengok perarakan ambang merdeka..tapi fikir cuaca x menentu...ngan jammed.memang x la nak keluar

Tempat Fiza hujan Dari semalam sampai sekarang. Maybe ambang merdeka duduk rumah je kot. Tak pun berkumpul di rumah mak.

Belum pernah beli kek di BC. Lepas ni kalau nak beli tapi tak tau nak pilih kek apa, nampaknya bolehlah beli kek Tiramisu ni.

sedap ye boleh lah try nanti, happy anniversary, salam ukhuwah kak AJ singgah dan follow 1165 :)

uncle suka beli ayam kat sana....

Happy anniversary­čą░
kek bakers ni memang sedap2 dulu rajin besday je beli masa tu kat pandan.
Tiramisu ni masa pemes memangg wajib layan

Tak pernah try.. nanti leh la beli se slice dua.. huhu..

Back To Top