You don’t have to be big. You have to be remarkable

Hospital Dan Klinik Yang Buat Tongue Tie Release

 Hospital Dan Klinik Yang Buat Tongue Tie Release 


Assalamualaikum... 

Buat ibu bapa yang sedang mencari hospital dan klinik yang buat tongue tie release (frenotomy) boleh la cuba hubungi hospital dan klinik di bawah ni.

HOSPITAL DAN KLINIK YANG BUAT TONGUE TIE RELEASE 


kredit: facebook Happy Breastfeeding Malaysia

 

Masa doktor mengesahkan Aryan ada tongue tie ni memang aku mencari info pasal klinik yang ada buat tongue tie release tapi tak jumpa. Doktor ada bagi referral letter  untuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA), jadi aku terus ke HTA untuk dapatkan tarikh appointment dengan pakar.  Dan masa pertama kali jumpa ni juga la Aryan kena scope dan doktor sahkan Aryan ada mild laryngomalacia

Di sebabkan aku risau dan Aryan masih kecil masa jumpa tu, doktor cuba cari tarikh yang paling cepat untuk selitkan nama Aryan untuk buat tongue tie release tu. Masa aku tengok buku untuk operation tu memang semua tarikh penuh hingga ke hujung tahun. Aryan dapat tarikh 3hb (semalam) tapi tak jadi sebab masa clerking  tu doktor concern dengan stridor Aryan yang sangat kuat. 

Stridor is noisy breathing that occurs due to obstructed air flow through a narrowed airway. Stridor breathing is not in and of itself a diagnosis, but rather is a symptom or sign that points to a specific airway disorder.

Jika ada antara korang yang mencari info tentang tongue tie release,  boleh la hubungi mana mana hospital atau klinik yang buat frenotomy ni jika anak korang tak de masalah kesihatan. Kadang hospital kerajaan ni lambat sebab dorang dahulukan kes yang lebih serius dan orang yang dah lama menunggu turn.


P/S: Aku harap laryngomalacia Aryan dissolved dalam masa yang terdekat ni. Aamiin.. 




1 Comment for "Hospital Dan Klinik Yang Buat Tongue Tie Release "

Nice sharing Naniey. Semoga urusan Naniey Dan baby dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top