You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pengalaman Positive Covid Dengan Aryan

Pengalaman Positive Covid Dengan Aryan

 

Assalamualaikum... 

Entah dari mana dapat Covid ni pun tak tahu. Hari Khamis 18/8 Aryan genap tiga bulan tapi tak dapat nak pergi KK sebab Naura baru kebah demam dan aku pun badan terasa penat sangat. Aku sempat demam sehari dan hilang demam selepas makan panadol tapi tekak terasa sakit. Tak terfikir pun Covid sebab Naura demam tonsil.


Malam 18 Ogos tu badan Aryan mula panas dan aku risau sebab aku tak dapat nak bezakan nafas Aryan laju disebabkan Laryngomalacia ataupun demam. Jadi aku ajak Lurviey ke Hospital Tunku Azizah sebab kat situ dah ada rekod masalah Aryan ni. Lurviey mulanya ajak ke KPJ tapi aku still prefer HTA sebab rekod kesihatan anak dah ada dalam sistem. Apa apa berlaku dorang dah tahu apa masalahnya. Pergi jam 11.30 macam tu , 3.30 pagi baru settle consult dengan doktor dan doktor bagitau kena warded dan on oksigen. Bermula dengan ambil darah, kemudian ke bilik X-Ray dan baru masuk kat Zon Kuning untuk on oksigen Aryan.

Lebih kurang jam 12 lebih, masuk ke ruang observasi sebab wad masih penuh. Maka duduklah kat situ beramai ramai dengan anak anak yang sakit. Bila dah sampai turn nak naik ward kena swab test dulu dan agak mengejutkan aku dengan Aryan positif. Maka kami pun kena duduk di sudut yang terasing sikit daripada orang lain sementara nak masuk wad isolasi.  Sumpah aku macam blur kejap sebab tak tahu dan tak sangka pun positive covid ni. Aryan panas sangat suhunya dan tepi matanya pun merah. Keputusan X-Ray juga menunjukkan ada jangkitan kat paru paru Aryan.

Alhamdulillah masa Aryan demam ni aku dah tak demam dan sihat cuma sakit tekak seperti dihiris hiris peritnya.Tapi lepas minum teh manis dan kopi O HTA terus makin membaik. Setiap kali minum air manis, tekak aku makin hilang peritnya. Kat HTA mana nak dapat vitamin C or air kelapa. Lurviey nak hantar memang tak boleh la sebab Lurviey pun kuarantin. Nak order? Aku tak pernah guna apps Food Panda or Grab Food. So minum je la air mineral dan air yang HTA sediakan. Alhamdulillah syukur.

Wad Isolasi Kanak Kanak Hospital Tunku Azizah 

Wad ni sama macam wad Naura warded kali kedua dulu cuma bezanya wad isolasi ni tak kongsi dengan sesiapa. Hanya aku dan Aryan sahaja. Masa nak naik wad malam tu, memang seram sangat aku rasa duk bilik ni. Dah la sejuk, lepas tu Aryan tengok muka aku pun menangis macam menakutkan sangat. Mula la otak aku duk fikir macam macam 👻. 

Ni toilet yang memang ada dalam bilik tu juga. Luas dan selesa serta ada shower. Tak enjoy mandi bila warded ni.  

Telefon ni in case ada apa apa boleh call kaunter atau in case dorang nak apa apa maklumat pun dorang akan call aku melalui telefon ni. 

Makanan yang disediakan kat sini memang sedap. Sepanjang aku warded kat HKL ni dari wad bersalin lama sampai la anak yang warded, tak pernah aku dapat makanan tak sedap. 

Masa ni belum tahu dah boleh discharge

Doktor bagitau boleh discharge dan sambung kuarantin kat rumah memandangkan kesihatan Aryan memuaskan dan sambung antibiotik selama 5 hari kat rumah. Then ada nurse in charge datang minta maklumat kenderaan dan kat mana nak kena park sebab ada laluan khas nanti. Aku terus tanya, macam mana nak bayar bil? Dorang kata dorang uruskan tapi biasanya kalau Covid ni free je katanya. 

Maka bersambunglah kuarantin di rumah...Tak sabar nak balik, nak mandi, nak jumpa Naura dan mengopi. Tak feel mana pun minum kopi sebab tekak belum pulih sepenuhnya.


P/S: Kesihatan sangat berharga. Sempat juga aku menangis lepas tahu kena Covid tu sebab aku risaukan Aryan dan Naura. Alhamdulillah Naura kat rumah aktif dan sihat. 


 
6 Comment for "Pengalaman Positive Covid Dengan Aryan"

Allahu harap kedua- duanya makin sihat..seksa rasanya kena covid ni...x larat nak hadap sakit tekak, demam panas dan batuk..kalau xde simptom tu x pe lagi...

sedihnya tgk gambar aryan tapi alhamdulillah dah boleh balik

memang menangis bila anak kena covid.. tak tidur lebih dr 24 jam sbb anak nangis demam on off

Allahuakbar..risaunya kalau dijangkiti COVID, tambah lagi bayi. Syukur tak ada yang teruk. Betul tu, kesihatan tu saya nikmat yang paling berharga.

Alhamdulillah Aryan dah sembuh... mmg risau klu sakit tekak dan demam, auto rasa syak kena covid & buat test kat rumah. Saya masa gugur bulan oktober pun kena kuarantin kat wad isolasi duduk bilik sorang2. tapi kita org dewasa lagi suka bilik sorang sbb privasi.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top