You don’t have to be big. You have to be remarkable

Eksplorasi Sains Di Pusat Sains Negara

 Assalamualaikum...

Eksplorasi Sains Di Pusat Sains Negara | Hari Sabtu tunggu Naura balik sekolah dan tunggu Lurviey settle kerja kat stor dulu sebelum meneruskan vibe aktiviti cuti sekolah ke Pusat Sains Negara. Lama gila tunggu Lurviey sampai rumah sebab intan payung dah tak sabar nak jalan jalan. Rupa- rupanya jalan jem teruk. Aku dah macam putus harapan dah nak pergi sebab Lurviey cakap jalan jem. Selepas Zohor, pergi makan dulu then pecut terus ke Pusat Sains Negara. Ingatkan jauh, rupanya 16 minit je dari rumah aku. Hehe..

Kredit : Pusat Sains Negara

Sampai je sana cari parking then terus naik kat atas beli tiket. Semua tak sabar dah termasuk aku. Aku paling tak sabar nak masuk kat Akuarium Air Tawar. Harga tiket RM6 je dewasa dan intan payung dua orang tu free je. Akuarium Air Tawar tu terletak di pintu masuk dan ianya tak sama macam dalam bayangan mental aku. Hehe..  Gambar kat sini pun tak de sebab ramai sangat orang ambil gambar kat sini. 

Kredit : Pusat Sains Negara

Paling best masuk kat Tinker Garage ni cuma tak dapat nak explore semua sebab ramai sangat orang. Maklum la cuti sekolah, memang ramai yang datang. 


Dapat juga intan payung lepaskan hajat nak explore benda yang ada kat sini. Masing masing kena sabar menunggu turn la. 


Aryan kusyuk sangat pusing mesin ni. Suka sangat dia. Dia pun nak explore jugak. 


Dua dua kusyuk buat aktiviti kat sini. Guna apa yang ada kat depan mata.


Naura dah hilang fokua sebab ralit tengok aktiviti sekeliling. Aryan buat derk je selagi kakak ada kat situ. 


Naura dan wayang kulit. 


Sebelum masuk Tinker Garage, Naura tunggu nak try ni tapi tak dapat. Keluar dari Tinker Garage baru dapat pegang. Banyak lagi sebenarnya tapi memang tak dapat nak explore. 

Gambar hasil screenshot video. Banyak video je dari gambar. 


Sebelum balik, Naura ajak tengok orang mandi kat kolam. Dia dah pesan "next time kite datang lagi, bawa baju ye mommy". Iya kan je la. 


Hati tak tenteram dua intan payung ni. Nak mandi juga. 


Sebelum balik singgah sini jap. Dalam ni ada rama rama. Tak banyak sangat tapi boleh la, Then, aku nampak ada orang pegang rama rama untuk bergambar sampai lunyai dah rama rama tu tak boleh nak terbang. 


Kolam ikan yang menenangkan jiwa. Tenang je tengok air dan ikan.  Dah settle kat Garden of Nature ni terus ke tempat Dinasour tapi tak sempat bergambar sebab hujan dah mulai turun. Cepat cepat lari masuk dalam kereta. INSHALLAH AKAN REPEAT LAGI TAPI NAK PERGI HARI BIASA PULA. 




Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 9pagi - 5petang.
Harga tiket 
Dewasa : RM6
Kanak-kanak (7-12tahun) : RM3
Kanak-kanak (4-6tahun) : FREE
Kanak-kanak (0-3tahun) : FREE
Warga Emas (55tahun keatas) : RM3



P/S : Nak pergi Zoo Negara pula nak tebus tiket free sebab birthday. Rugi kot tak claim. 





5 Comment for "Eksplorasi Sains Di Pusat Sains Negara"

Wahh..entah zaman bila Cuya pergi sini pon tk ingt..
Dah berzaman dahh rindu!

sy tak tahu entah berpuluh kali lalu dpn pusat sains ni. ms mak cik keje sini, sekali pun x singgah.

sudahnya menyesal laa hahaha

seronok tgk anak-anak explore pelbagai aktiviti kat sini
harapnya pusat sains akan jd lbh aktif mcm sblm ni
selalu je buat aktiviti mcm tgk gerhana bulan/matahari etc utk org awam...

Wah, budak2 memang sesuai lah bawa ke sini... konsep bermain sambil belajar!

Murah je tiket. Boleh la pergi bawak anak-anak kalau ada masa nanti.

Sayangnya tak banyak dapat explore. Time cuti sekolah begitulah. Nampaknya kena repeat datang lagi nanti. Seronoklah intan payung berdua tu. Muka memang tak tenang tu. Mana boleh orang lain main air, dorang tak dapat. hihi...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top