You don’t have to be big. You have to be remarkable

Masak Kari Kepala Ikan Kenchana Dewi

 Assalamualaikum...

Masak Kari Kepala Ikan Kenchana Dewi | Minggu lepas beli kepala ikan tenggiri sebab teringin nak makan kari ikan Kenchana Dewi. Rumah aku memang jarang masak kari sebab aku sorang je makan kari. Lurviey makan tapi sikit je la sebab gerd. Jadi tak berani makan. Aku pun serik juga nak masak, sebab last two years aku masak kari ayam. Then lepas tu, Lurviey macam jadi heartburn sampai kena pergi HKL. 


Kari ikan Kenchana Dewi ni aku suka sebab tak guna santan dan rasanya sedap sangat.  Setiap kali nak masak, terhegeh hegeh lah aku cari resepi Kenchana Dewi ni kat facebook 😁. Jadi, macam biasa aku simpan sini sebab comfirm tak hilang. Hehe

RESEPI KARI KEPALA IKAN KENCHANA DEWI


Bahan- bahannya

  • Tomato Cincang 2 Biji
  • Halba Campur 2 Sudu Besar
  • Daun kari 3 Tangkai
  • Bawang Merah Besar 1 Biji - hiris
  • Bawang Putih 9 Ulas - hiris
  • Lada Besar Merah 1 Biji 
  • Lada Besar Hijau 1 Biji 
  • Terung
  • Bendi 
  • Tomato
  • Kepala Ikan
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Air Asam Jawa (segenggam asam jawa) 
  • Sedikit Air 
  • Sedikit minyak 


Cara-caranya

  1. Tumis halba campur hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan
  3. Masukkan tomato dan daun kari. Tumis hingga tomato lembik
  4. Kemudian masukkan lada hijau dan merah yang dipotong, bendi, terung, serbuk kari ikan, cili dan kunyit beserta sedikit air. Kacau rata
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga bendi dan terung masak.
  6. Masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga ikan masak. Siap! 

Aku suka kari ni sebab aku tak perlu masukkan garam pun. Dah perfecto rasanya! Cuma kena adjust air asam jawa je ikut tekak sendiri. Aku memang nak rasa kari tu sedikit masak selain rasa masam tomato. Memang sedap. 

Kari kalau dibiarkan dua tiga hari lagi sedap. Kuah kari tu cicah dengan roti putih atau roti canai, roti boom memang sedap sangat. 


P/S : Korang suka kari apa?

Tag : resepi
2 Comment for "Masak Kari Kepala Ikan Kenchana Dewi"

Akak suka semua kari..hehehe...sedapnya...nak try la buat kari macam ni..tapi nak makan kari daging cincang...

Saya pun pernah masak kari ikan dan kari ayam ikut resipi Kenchana Dewi. Memang sedap rasanya walaupun tanpa santan!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top