You don’t have to be big. You have to be remarkable

Aktiviti Cuti Sekolah Ke Muzium Negara

 Assalamualaikum..

Aktiviti Cuti Sekolah Ke Muzium Negara | Sebelum ni pernah pergi masa Naura kecil tapi tak dapat nak masuk sebab tak pakai mask. Masa tu mask belum wajib pakai lagi. Hanya tempat tertentu sahaja diwajibkan. Tak tahu pula Muzium Negara kena pakai masa tu. Jadi kami berpusing kat luar sahaja. 

Last weeend, lepas Naura habis sekolah, tunggu solat Zohor baru keluar ke Muzium Negara. Sepanjang jalan Naura tanya nak pergi mana, tak sampai lagi ke, jauhnya dan kebetulan jalan nak ke Muzium Negara tu sama dengan jalan nak ke Taman Tasik Perdana. Then dia tanya nak pergi taman yang selalu pergi ke? Adoiii jenuh nak menjawab mulut banyak dia. 

Masa sampai Muzium ramai sangat orang yang baru sampai. Kami pusing pusing dulu kat luar sebelum beli tiket. Aku tak pernah datang Muzium Negara ni waima masa zaman sekolah dulu ada lawatan, mak aku tak bagi kalau kena bermalam ni. 

Peace gaya Aryan

Naura nampak kolam terus suruh ambil gambar kat kolam ni. 

Dah siap 'posing' minta Lurviey beli tiket sebab aku dah tak sabar nak masuk kat dalam muzium. Excited pertama kali datang muzium. Tiket murah je. RM2 sahaja. 

Tiket cantik macam ni RM2. Bukan tiket kertas nipis tu. Macam mana la dorang cover maintainance muzium ni? 


Sebelum masuk, bergambar sekeping dulu sebagai kenangan tanda dah sampai. Lol. Di sebabkan bawa stroller, kami kena pusing naik kat lift. Aryan dah mula mengantuk tapi jenis yang tahan mata. 

Total ada 4 galeri iaitu A B C D dan kami bermula ikut urutan abjad. Galeri A, sejarah awal hingga galeri D, Malaysia Kini. Bagi aku paling best galeri A B dan C. Sumpah tak puas lagi sebenarnya sebab Aryan mula buat hal kat Galeri C. Meragam dalam stroller. Gambar dalam  galeri tak de sebab aku rekod video je. Tu pun tak tahu bila nak edit. Lol.


Dapatlah sekeping gambar Naura kat Galeri D, Malaysia Kini. Tak sempat pusing habis dalam galeri D ni sebab Aryan dan meraung raung dah. Kena keluar dan tenangkan diri semua dulu. 



Bila dah bertenang, sambung masuk Muzium Muzik pula. Tak best sangat masuk kat Muzium Muzik sebab Aryan dah start buat hal balik. Kat dalam Muzium Muzik banyak jenis peralatan muzik yang aku tak pernah tengok pun. Jakun jap. Kalau ada demo untuk bunyian setiap alatan tu lagi best dan tak membosankan. Mungkin pihak Muzium boleh pertimbangkan. *tetiba mencadangkan  Kat Pameran Timbang dan Sukat tak sempat masuk pun. 


Bersambung kat area Jejak Tanah Leluhur kejap lepas tu cepat cepat keluar sebab Aryan dah mula menangis lagi. Makan dah cukup, minum dah cukup, tidur je tak cukup tu yang mengamuk sangat. 

Kami terus ke tempat permainan tradisional berhampiran main entrance Muzium. Duduk kat situ tengok orang main kaki hantu, dam ular, teng teng, congkak sebelum gerak balik. Setiap hujung minggu akan ada permainan tradisional  ni. 

InshaAllah aku nak repeat lagi nanti. Kena tunggu Aryan besar sikit. 


P/S: Minggu ni or minggu depan plan nak ke Zoo Negara. Jadi ke tak belum tahu lagi. hehe..




6 Comment for "Aktiviti Cuti Sekolah Ke Muzium Negara "

Inilah aktiviti yang bagus bersama anak-anak ketika musim sekolah...kalau duduk rumah agak bosan juga nanti

wak dah lama berzaman tak nyinggah Muzium Negara

Best juga bawa anak anak pergi Muzium. Tak silap pernah sekali dulu masa sekolah menengah datang sini. lama dah. Hampir lupa sudah.
Si adik nak sama besar dengan kakak dah. Tahu-tahu dah besar dah dia ye.

Personally saya suka ke muzium negara ni. Sebab banyak perkara boleh belajar… tambah pula saya memang suka subjek Sejarah masa sekolah dulu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top