Special Offer

Author

Redzuan-Ridz Challenge: Gain Weight

Salam Semua...
Ari ni ari yang sangat membosankan. Ari cuti tapi just spent time depan lappy je. Boring kan. Tak de life langsung.. Nak tgk tv pun tak de. Apa punye kolej pun aku tak tahu. Bayar da la mahal. Tak kan la setiap kali nk tgk tv nak naik cafe. Abis tu lau cafe tutup nak terjah kat mana. Sediakan la tv yang berfungsi. Bukan tv yang hanya sekadar untuk pameran je.

Ok la berbalik kepada entri aku kat atas. Untuk pengetahuan semua Redzuan Ridz Challenge ni hanya terbuka untuk aku sorang je. Hahaha... Actually one day tu aku ada cakap pasal gain weight ni and memang nak gain weight pun at least 5kg before abis praktikal ni. Then aku tanye la Lurviey aku a.k.a Redzuan Ridz ni nak bagi apa if aku dapat naikkan berat badan 5kg? Cewah... Jawapannya Cincin Berlian.. I like.. Tapi aku bukan nak sangat Cincin Berlian tu sebab bagi aku tu just as motivasi untuk aku terus berusaha untuk naikkan berat badan aku.

Redzuan Ridz Challenge ni hanya valid till 12 Julai 2011. Agak2 boleh ke aku capai 5kg? Nampak macam senang sebab kebanyakan perempuan kat Malaysia ni makan sikit je pun da bleh naik sekilo. If makan 6 kali sehari ntah berapa kilo la naik. Lepas tu stress nak kuruskan badan. Tapi dalam nak kuruskan badan tu ada gak yang aku tgk mkn pil tapi after makan pil tu die makan plak KFC. Sampai bile pun tak dapat kurus.

So kat sini aku menyahut cabaran ini untuk menaikkan berat badan aku sebanyak 5kg. Berat sekarang adalah 46kg. Ini bermakna aku kena berat 51kg. Dalam hayat hidup aku, just sekali je aku pernah cecah 50 kg. Then da tak de da. So adakah aku akan berjaya? Emm aku pun tak tahu. Just follow the flow..

P/S: KENA ADA PERANCANGAN, EXERCISE YANG BETUL, DAN YANG PALING PENTING DISIPLIN DIRI.
Tag : personal
0 Komentar untuk "Redzuan-Ridz Challenge: Gain Weight"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top