Pasir Penghurai Emosi

Salam Semua...

How come pasir boleh huraikan emosi manusia? Mcm formula kimia yang perlu dihuraikan utk membentuk apa yg ingin dibentuk? Ok2.. Kali ni aku nak sharing pasal Sand Therapy... Kat bawah ni info pasal Sand Therapy dan KLIK SINI kalau korang nk tahu pengalaman aku join Sand Therapy Session.


PERMAINAN pasir adalah satu kaedah menarik untuk meneroka perasaan dalaman kita. Banyak transformasi boleh berlaku pada peringkat ini kerana corak yang terbentuk adalah saling berkaitan. Ia bagaimanapun tidak bersifat mengancam.

Permainan pasir merupakan sejenis kaedah terapi psiko dan kaunseling yang telah digunakan sejak lebih 75 tahun lalu. Ia telah diaplikasikan ke atas kanak-kanak, remaja dan orang dewasa baik di sekolah, hospital, agensi-agensi kebajikan mahupun diamalkan dalam kaunseling peribadi. Ia membentuk satu jalinan antara terapi lisan dengan terapi ekspresif dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.

Permainan pasir membolehkan aspek jiwa dalaman untuk bekerja secara natural dan selamat. Ia amat berkesan dalam mengurangkan punca berlakunya perilaku buruk.Ia boleh digunakan sebagai sokongan dalam perkembangan emosi dan pengurusan tekanan serta sebagai jalinan bagi menyokong penggunaan kepelbagaian modaliti Terapi Ekspresif (ET).

Sesebuah bilik Terapi Permainan Pasir akan dikelilingi dengan pelbagai barangan. Antaranya termasuklah rak-rak buku, patung-patung kecil yang merangkumi manusia kerdil dan binatang. Selain itu ikan, burung, pokok, bangunan, semak-samun, barangan kemas, rangka manusia dan sebagainya.
Sedulang pasir juga menanti untuk menjadi simbol dunia dalaman kita. Dulang pasir ini menyamai apa yang pernah kita gunakan sewaktu bermain di tadika dahulu. Pasir-pasir ini menanti untuk disentuh, digerakkan dan dibentuk.

Peserta boleh memulakan sesi terapi dengan menyusun pasir bagi membentuk bukit, lurah, sungai mahupun garis-garis pantai. Terapi ini mengajar pemainnya bermain dengan serius sambil menambah patung dan sepanjang proses tersebut, peserta dapat menyaksikan perasaan, sikap, pemikiran dan harapan yang diwakili oleh setiap patung yang diaplikasikan.

Menerusi kaedah ini, peserta mula memahami diri mereka dengan lebih jelas atau sekadar berasa lebih lega. Peserta juga berpeluang berkongsi harapan dengan pelancar kerja permainan pasir dan merasai kemesraan penerimaannya.Patung-patung dalam rak-rak tersebut boleh mewakili kehidupan luaran dan dalaman serta menjadi simbol yang signifikan untuk mereka.

Terapi permainan pasir berfungsi sebagai satu peralatan yang mengintegrasikan minda, perasaan dan keadaan fizikal. Melalui permainan ini, seseorang kanak-kanak akan membebaskan pemahaman lama dan juga membentuk pemikiran baru.

Permainan pasir digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi, menuntut semula kualiti yang telah dilupakan, membuka pedoman dalaman dan meluaskan pengetahuan di samping meneroka mitologi peribadi.
Dengan merasai sendiri, pasir dapat mengimbas kenangan zaman kanak-kanak. Ia dapat menghubungkan perasaan sewaktu berada di pantai sebagai signifikan kepada keadaan yang bebas tanpa perasaan bimbang.
Peserta menggunakan tangan untuk membentuk pasir pula menyaksikan tenaga dibebaskan daripada tangan yang bergerak.

Dulang pasir merupakan tempat selamat untuk meneroka isu yang sedia dibebaskan daripada keadaan tidak sedar dan membentuk tafsiran dunia dalaman dirinya. Ia merupakan ruang penerokaan yang suci dan berbeza daripada realiti kehidupan harian.

Disebabkan itu, dulang pasir dan simbol-simbol itu tidak seperti barangan permainan lain tetapi dikhaskan untuk penerokaan tentang perasaan dalaman. Misalnya, seseorang kanak-kanak, Siti yang sentiasa berasa gelisah untuk ke sekolah berhenti menjejakkan kaki ke sekolah dan akhirnya berhenti selama sebulan.

Memandangkan keadaan itu, ibu bapa Siti akhirnya membawa Siti untuk berjumpa dengan seorang pakar psikologi kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia.

Dalam kes ini, pakar psikologi telah menyarankan Siti mencuba terapi permainan pasir. Selepas menjalani terapi tersebut, dia sudah berupaya meluahkan perasaan dalamannya tentang kegelisahannya untuk ke sekolah.

Terapi ini telah membantu Siti mengenalpasti punca masalahnya iaitu ketakutannya terhadap guru tertentu di sekolah. Pada masa yang sama, terapi ini membantu Siti menangani ketakutannya.
Peralatan permainan pasir dibina khas untuk menangani masalah dalaman dan justeru itu ia membezakan permainan atau peralatan yang digunakan oleh seseorang kanak-kanak.
Semua ini dapat menyediakan ruang untuk menyelesaikan segala isu dan mendorong seseorang itu berdepan dengan masalahnya. Penyusunan simbol-simbol ini boleh meneroka jiwa, ego dan inti pati dalaman seseorang.

Pada mulanya, kebanyakan peserta beranggapan permainan pasir hanya sesuatu yang main-main. Namun, selepas mencuba sendiri, mereka mulai memperoleh pemahaman signifikan.
Memandangkan imej pasir boleh dibentuk tanpa perkataan, ia merupakan kaedah terbaik untuk mereka yang menghadapi kesukaran untuk bertutur atau sesuai untuk cara bukan lisan.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Bukan murah nk join workshop sand therapy ni ok.. Sebab mmg benar2 berkesan!!
0 Komentar untuk "Pasir Penghurai Emosi"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top