You don’t have to be big. You have to be remarkable

Salun Cuci Telinga

Salam dan Selamat Pagi Malaysia!!!!!!
Bangun pagi dengan penuh bersemangat sebab ari ni nk jumpa Lurviey.. Dtg office as usual baca berita dlu. Naa... kali ni pasal SALUN CUCI TELINGA plak.. Ramai orang menitikberatkan soal kecantikan wajah,rambut dan badan tapi jarang orang nak cantikkan kaki dan telinga. Kadang tu ada je yang muka cantik tapi kaki tak berjaga.. Sigh** Apapun baca la berita kat bawah ni tentang Salun Cuci Telinga di Tokyo.

Lelaki suka la kalau baring macam ni kan??
TOKYO - Salun-salun yang menawarkan perkhidmatan gadis-gadis mencuci telinga pelanggan kembali popular di Jepun selepas kerajaan membenarkan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan turut menawarkan perkhidmatan itu.

Salun Yamamoto Mimikakiten di sini mendapat sambutan hangat dengan pelanggan membayar AS$35 (RM108.64) untuk sesi selama setengah jam.Pelanggan di salun Yamamoto akan baring di riba wanita cantik yang berpakaian tradisi kimono dan akan mencuci organ tersebut sambil berbual mesra.

"Saya datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran. Isteri saya ada juga membersihkan telinga saya tetapi suasana di sini berbeza," kata seorang pelanggan lelaki salun berkenaan, Takahisa Kobayashi.

Perkhidmatan yang diberikan, kata Kobayashi, membuatkan dia terkenangkan cara ibunya mencuci telinganya dengan lembut di zaman kanak-kanak.Pengurus salun itu, Satoru Takahashi berkata, hanya lima peratus pelanggan adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki.Satu notis pemberitahuan di meja penyambut tetamu menyatakan salun itu tidak menawarkan perkhidmatan seks.Salun itu mempunyai laman webnya iaitu www.yamamotomimikaki.com/index.php bagi menunjukkan hambar-gambar gadis yang bekerja mencuci telinga.

Terdapat juga salun lain yang menawarkan gadis memakai pakaian seperti amah untuk mencuci telingan para pelanggan. - AFP

Sumber: Kosmo Online
P/S: Kalau Malaysia buat macam ni boleh maju ke?
0 Comment for "Salun Cuci Telinga"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top