Special Offer

Author

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

Assalamualaikum

Tertarik aku dengan artikel tanda-tanda lelaki merajuk lalu aku kongsikan disini. Ingat perempuan je tahu merajuk, lelaki merajuk lebih teruk dari wanita. Setuju?? Emm.. No komen... Masing-masing tahu la kan if laki masing2 kalau merajuk mcm mne :P
Rajuk sering kali dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sedikit, rajuknya berpanjangan. Ironinya sama seperti wanita, lelaki juga memiliki hati dan perasan. Mereka juga sering kali merajuk dan mahukan perhatian. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.

Dia membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya akan diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya dia tidak mengia atau menidakkan sebaliknya buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi ini, pandai-pandailah anda memujuknya agak keadaan tidak menjadi lebih kusut.

Buat Tak Tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Malah kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri.

Muka Masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, anda tentu rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.

Enggan Makan Bersama
Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.

Marah-marah
Lelaki mempunyai egonya yang tersendiri. Lelaki sering kali beranggapan mereka betul meski pun pada pandangan anda, ianya tidak betul. Namun demi menegakkan kebenaran, dia tetap mahu marah-marah.

Tidak Menelefon
Kita selalunya sangat risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dia mana dia berada. Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.

Terus Keluar Rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.

Tip Cara Memujuk

Berikan Masa Untuknya Bersendirian
Umumnya perselisihan sering berlaku baik ketika zaman bercinta mahu pun ketika berumah tangga. Apabila berlaku selisih faham, lelaki mahukan dirinya dipujuk tetapi ego yang merantai di hati membuatkan mereka mengambil sikap berdiam diri. Sebaiknya, kalau lelaki merajuk, berilah masa untuk mereka sendirian. Kala itu, mereka mungkin memikirkan kesan dari pergaduhan dan memikirkan bagaimana mahu berbaik semula. Jadi berikan dirinya masa dan percayalah rajuk lelaki tidak selama wanita merajuk.

Berikan Sokongan
Pergaduhan memang menyakitkan hati mana-mana pihak. Jika pergaduhan membawa kepada rajuk yang panjang, jangan pula anda menambah minyak di dalamnya, seolah-olah anda mahu menyemarakkan lagi api sedia ada. Sebaliknya berilah sokongan kepada pasangan agar rajuknya reda dan anda kembali berbaik semula.

Berikan Cahaya Kegembiraan
Cuba letakkan diri anda pada situasinya. Rajuk yang mahu dipujuk. Jika anda mahu dipujuk, lelaki juga begitu. Gembirakanlah hati pasangan kerana sesungguhnya, kegembiraannya adalah kebahagiaan anda juga.

Sumber: Mingguan Wanita

Katarsis: Kadang-kadang orang merajuk sebab perlukan perhatian. Setuju? But kadang ada jgk yang merajuk tapi rajuknya tak di endahkan pasangannya. Ada yang ckp merajuk ni mengada-ngada, so better tak yah pujuk. Makin dipujuk makin menjadi-jadi. Jual mahal plak bile dipujuk. Personally, aku rasa kena ada give and take. If sorang je nak give sorang lagi nak take, jawabnye berantakan la!!


P/S: Kanak-kanak lelaki merajuk nmpk comey je, lelaki dewasa merajuk??


38 Komentar untuk "Tanda-Tanda Lelaki Merajuk"

hehe kdg2 comey jgk llki merajuk sbb jrg nmpk..hihi

ahaha..kalau diorang masam..serius husna x boleh tgk..nk tergelak..=P

lelaki dewasa merajuk comel sikit je kot..=D

alahaii..hehee sy xpndai pujuk mujuk nih..huhuu..

perghh..laki merajuk payah nak pujuk..huhu

hehe lelaki kalo merajuk cute jer haha..mcm skang ni adam hawa...adam tgh majuk kat ain...sweet nengok hikss

kalau hubby akak merajuk mmg buruk..wakaka

mcm tu ke? boleh la diperhatikan nanti.. :)

salam kenal dari saya...datang dari blog Cik Intan Berlian.. :)

muka masan dan kurang bercakap..!
Kadang2 nyampah..hahahaha...

apapun...tips yang bagus nani.. :)

Hubby akk blum pernah majuk rasanya.tp kalu arwah abh dlu adagk dia majuk2 manja dgn mama n anak2.pas2 biasala kita pujuk bwk jenjalan p mkn.

Adehh. Pujuk kanak2 lelaki lagi mudah kan?

Nani xfolo citer tu. means aaron la merajuk ngn nadiya nissa ..

Kalau Mr Velentine baca nih abis la akak :p

Mesti sweet kan? Apapun tu mesti jdi kenangan yg terindah buat kak nurul ngn arwah. Al-Fatihah

My hubby jarang merajuk..kalau marah pun diam ja...Tp cepat2 dipujuk isterinya ni..hi hi..

lelaki pon manusia biasa jugak :p

Hubby deqla jrg ar majok tp kalo majok sng je nk.pujok dia.haha..

lelaki dewasa? kita cubit dagu dia. alolo. hahaha!

sekeh je kalau merajuk! hahaha

plg malas nk pujuk bila lelaki merajuk

penat juga nk pujuk. alih2 kita yg merajuk. dia pulak yg kena pujuk. kihkih..

buruk benor bila lelaki merajuk

Rmai mcm ni kot. Alih2 yg perempuan merajuk

kalau laki majuk kak intan masak banyak2 pastu dia lapar mesti dia cari kak intan..ehhe

pnh gak merajuk tp merajuk manja... xsempat sejam pun dh ok.. hihii

Susah nk pujuk..mcm2 cuba xjln..emphh :(

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top