Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Lunch Box Baru Dah Sampai

 Assalamualaikum... 

Lunch Box Baru Dah Sampai | Semalam lunch box baru untuk Naura dah sampai. Bila beli untuk Naura kena beli untuk Aryan juga. ☺️

Merah untuk Naura & Jingga untuk Aryan. Warna pink & biru tak de 😂 

Aku beli yang baru sebab lunch box jenis mangkuk tingkat tu Naura tak boleh buka. Aku beli yang tu untuk letak makanan yang berkuah tapi Naura tak pandai nak buka pula. 

Akhirnya mommy decide untuk beli jenis ni dan semalam dah test Naura sama ada berjaya or tak dia buka lunch box ni. Ketat juga tapi ini yang bagus. Barulah makanan tak tumpah. 

Lunch box baru ni ada sudu, garfu dan chopstick. Ada dua bekas untuk isi lauk dan sayur atau buah buahan dan satu bekas besar untuk nasi. Lunch box yang baru ni akan guna bila ada makanan berkuah sahaja. Makanan biasa, guna lunch box sedia ada tu je.  

Setakat hari ni, Naura masih bawa bekal dan belum pernah belanja lagi kat sekolah. Duit yang tak guna terus masuk tabung. Tadi aku tanya dia, "semalam masa mommy hantar kenapa berhenti depan kedai buku?" Dia jawab " Ya nampak kedai buku tu ada jual play dough mommy". Mommy warning dah jangan memandai nak beli ye. Play dough (dry clay) tu sama macam kat Ninso dah harga lagi mahal dari kat Ninso. 🙄

Tag : emovere
0 Comment for "Lunch Box Baru Dah Sampai "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top