You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Silky Girl Color Junkie Lip Polish

Silky Girl Malaysia | Lip Gloss Silky Girl | Color Junkie Lip Polish Silky Girl Review | Lip Polish | Silky Girl Cosmetic | Review Lip Gloss Silky Girl | Lip Gloss Paling Best Dan Murah 


Assalamualaikum 

Sebut pasal Silky Girl memang semua pernah dengar kan. Seingat saya produk Silky Girl yang saya pernah beli, bedak yang kecik comel tu dengan two way cake foundation. Jadi entri kali ni saya nak kongsi mengenai produk Silky Girl Color Junkie Lip Polish! Memang terbaik.. The best lip gloss EVER! 

Sumber: Official Website of Silky Girl


Color Junkie Lip Polish ni ada 6 shades semuanya. Tapi yang menarik minat saya ada shades #1 dan #4 . Teringin jugak nak rase pakai warna merah macam mane kan. Huahaha. Kalau shades #4 memang warna fave saya. 


Review 
  • Ada 6 pilihan warna yang cantik. 
  • Harga mampu milik dan murah. Kalau nasib beli time promosi bawah RM10 je. Kalau tak harga biasa RM10++ . Masa saya beli ni ada promosi kat Guardian. Kali kedua beli yang #1 tu dah tak de promosi tapi harga lebih murah dari Watson.
  • Non-Sticky- memang betul seperti yang digambarkan. Lip Gloss ni tak melekit macam gloss lain yang pernah saya beli dan pakai. Sapa yang pakai lip gloss mesti tahu apa yang jadi bile lame-lame pakai gloss. Tapi Color Junkie Lip Polish ni tetap maintain dan tak melekit. 
  • Yang tak best adalah bukan food proof. Jadi kena apply lepas makan. Sokay la kan. 

Repurchase? YES! 

Memang rasa sangat puas hati dengan lip gloss ni. Nak pergi beli yang #2 #3 #5 pulak nanti. Kan bagus kalau ada buat jualan secara borong. Lol!

0 Comment for "Review Silky Girl Color Junkie Lip Polish "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top