You don’t have to be big. You have to be remarkable

Penyebab Kulit Kusam Dan Rawatan Dengan Microneedling

Penyebab Kulit Kusam Dan Rawatan Dengan Microneedling | Cara Mengatasi Masalah Kulit Kusam | Rutin Penjagaan Wajah Dengan Betul | Rawatan Microneedling Malaysia


Assalamualaikum

Tau tak microneedling or so called collagen induction therapy boleh menjadikan kulit kusam kembali berseri, meremajakan kulit, menghilangkan segala cela di wajah, menghilangkan jeragat kedutan, fine lines, kedutan, garis senyum, selulit; rambut botak/gugur pun boleh tau. Entri kali ni nak kongsi mengenai kulit kusam.

Kulit kusam antara masalah kulit yang ramai wanita risau sebab bila kulit kusam dan tak de seri, keyakinan diri pun kurang bile nak berhadapan dengan orang ramai. It does'nt meant kalian kena putih baru nak berseri. Orang kulit gelap pun ada yang cantik tau. Glowing gitu.

Sebab-Sebab Kulit Kusam 

  1. Dehydration - Bila kurang hidrat, kulit akan rasa tegang, tidak selesa dan menjadi penyebab utama kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ini boleh menyebabkan sel pada dasar kulit menjadi tidak aktif dan menyebabkan kulit nampak tak sihat, tak bermaya dan tiada seri. Jadi banyakkan minum air.
  2. Tekstur Kulit Tidak Sekata - Tompok kasar pada permukaan kulit akibat tekstur kulit tidak sekata meyebabkan tidak bersinar, bercahaya dan menyebabkan kulit nampak berbelak-belak dan kusam. 
  3. Kolagen Tak Tersusun - Kulit bila makin berusia, kolagen makin melemah dan tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan cahaya seri tidak memancar pada kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan tidak berseri. 
  4. Pengedaran mikro yang lemah - Kulit orang Asia ada masalah peredaran mikro di mana darah kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
  5. Skincare Routine Tak Lengkap - Ramai yang beranggapan cukup sekadar cuci muka sahaja dah cukup. Sebenarnya skrub muka sangat penting untuk membuang kulit mati dan boleh menjadikan kulit wajah segar dan cerah. 
  6. Stress - Stress boleh menyebabkan peningkatan kartisol yang memberi kesan pada pengaliran darah pada kulit (Dr Luftman). 

So, apa lagi.. Jangan stress sebab stress boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua. Lol.. Jangan skip skincare routine (pencuci, pelembap, treatment cream, scrub, mask). Nak lagi cantik mudah remaja boleh buat rawatan microneedling. Sekarang boleh buat sendiri kat rumah. Tak perlu ke salon dah. Hehe..

0 Comment for "Penyebab Kulit Kusam Dan Rawatan Dengan Microneedling "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top