Mee Goreng Mamak Sedap

 Assalamualaikum... 

Mee Goreng Mamak Sedap | Pagi semalam keluar breakfast kat Restoran UA Taman Melewar dan seperti biasa bila pergi Restoran UA benda yang paling wajib aku order adalah mee goreng mamak. Setakat ni mee goreng mamak yang paling sedap adalah mee goreng mamak kat 3rd RC UM. Memang sedap ! Tak de siapa dapat tandingi rasa mee goreng mamak kat situ. Sekarang ni dah tak de dah mamak tu kat situ. Lepas mamak kat 3rd tu, mamak kat UA ni la yang sedap. Puas hati makan. Teringat ingat rasa mee goreng pagi tadi saat menaip entri ni. Perut nak makan sokmo.. Bila nak kurus macam ni.. 

Baru je recover penat minggu lepas semalam, bangun pagi semalam dah nak kena pening fikir pasal manusia yang dapat barang tak nak bayar. Ni antara benda yang paling memenatkan aku bila deal dengan manusia. Kadang aku tak faham, orang macam ni tak tahu malu ke. Tak nak bayar it's okay. We give u option to return back the item tapi tu la. Tak nak pula return. Tunggu shopee representative contact buyer tu sebab buyer tu dah blocked aku. Aku dah banyak kali terkena dengan manusia macam ni tau. Tudung saja labuh tapi hati tak menggambarkan imej yang dibawa. Tetiba tudung pula disalahkan ye. Sebenarnya aku dah terkena banyak kali dengan orang macam ni tau. Orang seagama, sebangsa dengan aku. Sakit hati tak tahu nak cakap macam mana. Sorry jadi judgemental jap sebab dah banyak kali terkena !


5 Komentar untuk "Mee Goreng Mamak Sedap "

Be strong akak. Susah kan dapat customer yang banyak songeh ni kan. Tudung labuh ke tak labuh ke sama je. Tak pukul rata semua orang, sesetengah daripada tu hehehe.

Tengok gambar pun dah menyelerakan..

apala dah dpt barang tapi tanak bayar... Allahu... manusia la pelik2

Tula manusia ni. Tak rasa bersalah ke. Dapat barang tapi Tak nak bayar. Hurmmm...

Sedapnya mee goreng masak. kalau sekali rasa sedap tu mesti nak makan kat situ je kan.

kes apakah? ni untuk pilihan cod ke sebab tak bayar dulu. apepun semoga dipermudahkan. Ada hikmahnya tu. Mungkin perlu strategi yang lain untuk improve bisnes lebih baik.

Back To Top