Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kisah Hari Isnin

 Assalamualaikum ... 

Kisah Hari Isnin | Pagi ni lewat sikit bangun sebab mata tak larat nak buka. Bangun siapkan breakfast dan bekal KAFA dulu dan juga sup ayam untuk bekal SK. Dah siap tumis semua lepas tu solat Subuh. Siap solat Subuh tengok sup dah tak mendidih. Rupanya gas habis. Sikit je lagi nak masak. Kena tunggu kedai buka dulu baru boleh beli gas. 

7.45 dah masuk kelas. 7.40 baru pergi 🙄

Ready nak pergi KAFA minggu kedua. Minggu kedua dah mula bawa buku teks. Semoga dapat tukar buki teks jawi sebab koyak rabak terus satu muka surat. Yang lain lain tu pejam mata salotape je la. 

Roti tolo je hari ni dan telur.

Pagi ni mommy buat roti telur mayonis je. Tengok kat Tiktok. Naura kata sedap. Mommy tak rasa pun. Tak nak masak 'berat' sangat sebab nak bawa nasi SK nanti. 

Nasi sup 'as requested'

Naura request nak nasi sup dengan telur. Nasib baik sup sempat masak dan sejukkan. Terpaksa guna lunch box ni. Sebenarnya aku dah beli lunch box yang stainless steel tu tapi tak pandai buka pula. Jadi kembali guna lunch box ni dulu sementara lunch box lain sampai. Susah nak bawa makanan berkuah. Settle hantar Naura ke SK balik aku dah rasa penat gila. Mengantuk sangat jadi tidur la sekejap. Reply email pun lambat hari ni. Lemau betul rasa. 

Penat sekejap je. Balik aktif dan tak reti duk diam

Betul betul kepenatan hari ni sekolah sampai tertidur otw balik rumah. Plus gigi bergoyang nak tercabut jadi mood ke laut sikit. 


Dah sampai rumah, kejutkan dan suruh Naura mandi dan bersiap jap lagi nak pergi mengaji kat surau pula. Aryan rambut dah panjang sampai masuk mata dah. Sementara nak tunggu habis maghrib boleh relax dan dinner dulu. Dah siap mandi ingatkan nak relax rupanya sambung main dengan Aryan. Hurmmm... 


Tag : nanieydom
0 Comment for "Kisah Hari Isnin "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top