Beli Barang Kat Watson Online Je Senang

 Assalamualaikum ...

Beli Barang Kat Watson Online Je Senang | Ye memang senang. Sekarang memang malas sangat nak masuk Watson. Susah aku nak membeli barang sebab Naura ni kadang kadang tak nak duduk dengan Lurviey. Susah pula aku nak memilih barang. Jadi beli kat Shopee je la mudah dan menjimatkan masa aku. Cuma kena tunggu dua tiga hari la baru dapat barang. Hehe

Hajat dihati nak beli 2 barang je, foundation dan mascara sebab nak raya kan. Semua foundation dah expired walaupun masih banyak lagi isinya. Tak berani la nak pakai sebab aku foundation aku punya 2 yang dua tahun lepas. 

Ni lah hasilnya belian kat shopee Watson. Nak beli 2 tapi dah terbeli benda benda lain juga. 

SILKYGIRL Lash Prism Water Proof Mascara. Harga asal RM19.50. Selepas diskaun RM13.65

REVLON Colorstay Makeup Sand Beige RM68.31. Harga asal RM75.90. Ni fave foundation aku selain supra. Dulu duk hostel roomates yang selalu belikan supra direct kat outlet. Sekarang nak kena beli sendiri la. Malas pula aku nak pergi outlet. Kat shopee ada tapi kena tengok sebab ada yang fake juga. Both my fave sebab tahan lama dan kulit tak berminyak bila pakai. 

 
WATSONS 3in1 Micellar Facial Cleansing Wipes 20s ni beli masa shocking sales. Dapat harga RM6.45. Harga asal RM12.90.

KORDEL'S Vitamin C 1000mg Zinc  Passion Fruit 10s ni sesaja je beli. Macam teringin nak try. Walhal aku tak de supplement lain pun kecuali Fish Omega je aku telan sekarang. Harap harap aku tak demam la minum vitamin C yang ada Passion Fruit ni sebab aku dengan passion fruit selalunya tak ngam. Badan jadi sejuk nak demam. Yang ni harganya RM11.36. Harga asal RM14.20

 
WATSONS Vitamin C 1000mg Zinc 10mg ni pun sesaja aku nak try. Sebab aku baca review macam wow sangat bila consume vitamin ni. So why not aku cuba juga. Harga pun ok. Tapi rajinkah aku? Nak minum vitamin C memang tak boleh minum kopi la kan? 

 
Garnier Color Naturals ni pun dah lama rasa nak beli tapi baru sekarang beli. Ok ke tidak aku tak pasti. Katanya telus air. So, aku nak try. Harga asal RM19.90. Harga promosi RM13.93 je. Murah kan? 

 
Watson Mint Flat Dental Floss ni aku beli untuk Lurviey sebab sebelum ni dia beli kat Eco Shop. Lepas tu complain kenapa tak de rasa mint. Lol.. Memang la tak de rasa mint dah beli kat Eco Shop. Yang biasa biasa je la. Harga RM8.70 dan tiada promosi. 

 
SCOTT'S Multivitamin Chewable Gummies Tropical Flavor 15s.  Yang ni aku beli sebab tengok iklan gummies tu macam ada bentuk binatang tapi bila bukak bagi Naura, macam tak de rupa binatang pun. Yang ni mahal sikit compare dengan jenis gummies satu lagi. Harga RM12.60.

 
Total Image Smelly No More Roll On Deodorant (60g) ni pun aku sesaja beli. Nak try. Harga RM16.88.

 
WATSONS Milk Yogurt Body Lotion Strawberry 530ml. Yang ni masa unboxing baru perasan ni lotion. Aku ingat bodywash. Hehe.. Masa add to cart, main add je. Ni pun wangi sebab bau yogurt strawberry. Harga asal RM18.90. Selepas promosi RM13.23 je. 
 
Total RM169.04 selepas tolak Shop Voucher RM35. Bila dah malas nak masuk physical store, gini la jadinya. Kalau masuk physical store tu rasanya tak habis banyak macam ni pun sebab confirm aku lama kat dalam Watson tu. Kesian pula Lurviey tunggu kat luar. Bila beli online, melebih lebih macam ni pula. Hehe..


9 Komentar untuk "Beli Barang Kat Watson Online Je Senang "

CCL pun selalu beli barang watsons guna online ke mudah . Kadang gi watsons sampai lupa apa yg nk dibeli

Ingatkan masuk store watsons je berhantu, tapi rupanya beli online pun berhantu jugak hahaha. Niat nak beli 2 barang je kan kak naniey, last last 6 7 jenis barang dibelinya hahaha. Tapi betul tu, beli online je senang. Tunggu je barang sampai. Tapi kena sabar menunggulah hehehe.

Hahaha kan.. Klu beli online mcm2 nak dibelinya... Klu g kedai, rs amek mana yg perlu je haha

lash prism tu best.. murah tapi best hehe

wahh mcm2 jenis lotion makeup watson., makin jelitter pasni., ;p

Akak pun guna foundation yg tu...suka sebab long lasting...nak jadi member Watson la lepas ni...boleh shopping macam ni kan

Garnier tu walaupun telus air tetap rasa tak sah solat. Aritu beli utk maktok last2 abah xbg pakai. Letak daun inai

Beli brg on9 mudah tak payah sesak2 nk pergi beli

Watsons ni online ke kedai biasa ke memang sentiasa akan buat rambang mata heheh

Back To Top