Kek Lapis Sarawak Premium By Manis Sempurna

 Assalamualaikum... 

Kek Lapis Sarawak Premium By Manis Sempurna | Setiap kali nak raya, kek lapis Sarawak menjadi pilihan bagi sesetengah orang untuk dijadikan hidangan pada tetamu yang bertandang ke rumah. Macam aku masa kat kampung dulu, bila makcik aku kat Terengganu balik Kelantan, boleh la merasa kek lapis Sarawak yang dia selalu order. Nak tempah sendiri bukan tau pun. Zaman tu pun bukan ada facebook, instagram. Duit pun tak de. Harap biasiswa PAMA je time tu. Mama aku memang tak gemar sangat kek lapis Sarawak ni. Hehe..

Baru baru ni, mak cik aku (sebelah Lurviey) kirim Kek Lapis Sarawak by Manis Sempurna ni. Dan yang paling penting Kek Lapis Sarawak by Manis Sempurna ni orang Sarawak sendiri yang buat. Bila dah orang Sarawak buat mestilah sedap. Walaupun namanya manis, inshaAllah manis kek tu dapat diterima oleh tekak aku yang tak gemarkan manis. Perfecto ! Sebab tu la kot namanya Manis Sempurna. Sempurna je manisnya tu. *memandai je aku kan.

Kek ni sehari aku potong dua or tiga keping. Lepas tu selang sehari kemudian aku makan lagi. Aku kalau lapar tengah malam sambil tengok movie, aku makan dua potong kek ni je. Terus kenyang. 

 

Sekarang dorang tengah open order Kek Lapis Sarawak Rayakan Sebulan. Jadi kalau korang berminat boleh lah order dan slot terhad. Harga ada yang RM20, RM45, RM48. Korang pilih ikut citarasa korang. Kalau aku memang tak pandai sangat nak pilih flavour ni. Asal kek lapis sarawak, aku tibai je makan sebab sedap.

 

Tak silap aku time tak raya pun dorang ada open order tapi kena tunggu bila dorang bukan slot lah. Manis Sempurna ni based di Putrajaya, jadi korang yang duk kat Putrajaya boleh COD je la. Nak tahu lebih lanjut tentang Manis Sempurna ni boleh contact dorang kat bawah ni

 
Terima kasih buat Cik Bot ku sayang yang sanggup beli lepas tu kirim pula kek lapis ni. Semoga murah dan diperluas rezeki untuk Cik Bot sekeluarga. Aamiin. 
3 Komentar untuk "Kek Lapis Sarawak Premium By Manis Sempurna "

Sedappppnyaaa kek lapis sarawak, teringat dulu time pergi sarawak, pergi dayang salhah, sakannnn borong kek lapis nya hahaha >.<

Sedap tu kalau kek lapis Sarawak yang sempurna manis, nak kata manis taklah manis sangat ye.

Sebelum raya hari tu ingat nak oder kek lapis sarawak ni . Tapi disebabkan tak boleh raya .so xjadi laa nak oder .. Banyak sangat biskut raya tambah kek kang nanti takda yg nak makan . Nampak menarik jugak kek lapis ni . Combination yg menarik

Back To Top