Once you choose hope, anything's possible

Fittonia Plant #rezqigarden

 Assalamualaikum.. 

Fittonia Plant #rezqigarden | Dia beli Fittonia pula ! Ye aku beli fittonia plant. Aku suka pokok berdaun ni berbanding pokok yang ada bunga. Selepas beli pokok sukulen hari tu. Seminggu kemudian aku beli Fittonia ni pula. Gigih aku mencari kat shopee kedai mana yang aku nak beli. Memandangkan sekarang ada delay daripada courier dan shopee pula dah tukar kepada Standard Delivery which is tak boleh nak pilih courier mana aku nak, aku decide cari seller kat area Selangor or Kuala Lumpur je. Dan aku jumpa seller REZQICS ni. 

Alhamdulillah parcel dah sampai dan balutan setiap pokok daripada seller ni tersangatlah kemas bagi aku. Dan kat bahagian daun dalam balutan tu ada tisu lembap. Kali ni aku tak perlu tunggu lama macam aku beli Sukulen tu sebab seller ni area Selangor sahaja dan guna courier Pos Laju. Selain Fittonia ni, aku beli tanah untuk repot sukulen aku dan juga pasu plastik yang saiz sedikit besar daripada pasu sukulen aku tu. Ada batu kecil untuk hiasan, dan juga baja slow released. 
 
Tadaa.. Ni la Fittonia plant tu. Cantik tak. Aku suka jenis dedaun macam ni dan aku harap dapat jaga sampai la besar rimbun dan repot banyak kali lagi nanti. Jom berkenalan dengan Fittonia ni.
 
Yang ni namanya Mosaic Pink Diamond. Cantikkan. 

Mosaic White Tiger ni pun cantik.

Yang ni Minima White Nerve. Beza dengan Mosaic White Tiger, yang ni lagi banyak warna putih berbanding White Tiger.

Yang ni aku rasa sama macam Mosaic Pink Diamond kat atas. Ikutkan aku ada order Red Veined tapi aku tengok yang ni macam sama je dengan Mosaic Pink Diamond tu. Korang rasa? 

Yang ni kalau rimbun cantik tau. Namanya Pink Magic. Daun dia halus kurus kurus gitu. 

Dan yang ini adalah Pink Vein sebab banyak warna pink daripada hijau.

Harap harap mudahlah nak jaga sebab orang kata senang je nak jaga pokok ni. Aku nak beli tanah 3kg nak letak dalam satu pasu besar then nak letak semua ni sekaligus dalam satu pasu. Dalam bayangan mental aku nampak cantik sangat tapi realiti tak tahu lagi. Hehe. 

Korang berminat nak dapat Fittonia Plant ni boleh order kat seller ni : REZQICS



Tag : gardening
2 Comment for "Fittonia Plant #rezqigarden "

Minat gardening ye Naniey? Saya so far belum terjebak..hehe...tapi comelnyaaaa pokok kecik-kecik ni

Cantik Fittonia. Mudah tergoda dengan Fittonia ni. pink magic tu saya tak ada lagi.

Back To Top