Once you choose hope, anything's possible

Sos Spageti Cendawan Keluaran Yakin Memang Sedap

 Assalamualaikum... 

Sos Spageti Cendawan Keluaran Yakin Memang Sedap | Hari kedua PKP Penuh - Macam mana korang hari ni? Okay tak? Yang kerja dari rumah tu macam mana? Harap semuanya baik baik saja. Aku macam biasa la. PKP or tak PKP memang aku work from home. Cuma bezanya PKP ni memang tak boleh nak keluar pusing pusing tengok alam sekitar. Terperuk la kat rumah langit ni. Nasib baik ada balkoni, boleh juga keluar kat balkoni tu. Hehe. 

Hari ni aku lunch makan spageti je. Simple sudah. Malas nak masak dan buntu nak masak apa. Sos Spageti Cendawan Yakin ni aku dah beli lama, tapi belum pernah masak lagi. Hari ni first time aku masak spageti guna Sos Yakin ni. Alhamdulillah sedap. Boleh repeat lagi. 

Sebenarnya Sos Spageti keluaran Yakin ni ada 4 pilihan seperti, sos spageti cendawan, sos spageti tradisional, sos spageti lada hitam dan sos spageti pedas arabiatta. Macam menarik pula sos spageti pedas arabiatta tu. Kena dengan tekak melayu yang suka makan pedas. InshaAllah next time aku nak try yang lain pula.  

Aku masak spageti memang cincai je. Bawang besar, bawang putih, daging burger Ramly dan sos spageti. Siap ! Senang kan hidup aku hari ni. Malam ni pening nak fikir makan apa pula. Aku senang je apa apa boleh makan tapi Lurviey tak boleh makan sembarangan sebab gerd. Plan nak buat pizza guna roti gardenia sebab ada balance kuah spageti ni tapi roti pula dah berkulat. Alahai..  


8 Comment for " Sos Spageti Cendawan Keluaran Yakin Memang Sedap"

First time dengar produk ni. Sedap ek? Nanti bolehla cari.

CCL peminat spaghetti & pasta . Selalu guna,brand prego . Brand yakin ni brand baru yer . Kalau jumpa di pasaraya yg berdekatan boleh laa cuba

Senang kan kak naniey masak spageti, tak pening nak fikir nak masak apa hahaha

Selalu guna Prego. Boleh cuba brand Yakin pulak pasni :)

pertama kali dgr brand ni naniey..boleh cuba nnt :)

Boleh cuba cari lepas ni :)

Bab spaghetti ni akak ngan Dania je yang makan..mak abah biasalah tekak orang lama kan...memang x kena dengan diorang....

Back To Top